PDRM, PBT bekerjasama serbu pusat hiburan

PUTRAJAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) ketika membuat serbuan di pusat hiburan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ini kerana pihak polis hanya boleh mengeluarkan kompaun kepada pemilik premis manakala kuasa untuk menarik lesen dan menutup perniagaan di bawah PBT.

"PDRM hari ini membuat keputusan jika ada serbuan atau pemeriksaan mengejut di pusat hiburan, mereka akan membawa sekali pegawai PBT supaya tindakan lebih tegas dapat diberikan kepada pemilik premis.

"Untuk makluman, sehingga kini kerajaan tidak membenarkan pub atau kelab malam ini untuk beroperasi. Namun ketika pemeriksaan dijalankan, PDRM hanya boleh memberikan kompaun sahaja dan kita mahu tindakan yang lebih berat dikenakan kepada pemilik premis.

"Kita lihat jumlah mereka yang langgar PKPP iatu melakukan aktiviti di pub atau kelab malam ini semakin bertambah," katanya dalam sidang media di sini hari ini.



Sumber : PDRM, PBT bekerjasama serbu pusat hiburan

Post a Comment

0 Comments