Hampir 300 etnik R0hingya selamat tiba di Aceh semalam dan berada dalam keadaan baik dan sihat
Juru bicara Kementerian Luar Negeri, Teuku Faizasyah berkata kepada BBC lndonesia, kerajaan akan menggolongkan 297 etnik R0hingya sebagai pendatang tanpa izin.
” Mereka mengakui bahwa sebahagian dari mereka sudah berdaftar sebagai pelarian dari UNHCR di BangIadesh, namun masalah ini akan disahkan kerana dari status mereka, masuk ke lndonesia secara tidak sah,” katanya.
Wakil UNHCR di lndonesia, Ann Mayman berkata, seramai 119 dari etnik R0hingya yang datang ke Aceh kali ini sudah berdaftar sebagai pelarian dengan UNHCR BangIadesh, namun pihaknya perlu mengesahkan angka itu.
” Kami tidak boleh mengatakan dengan pasti bahawa mereka adalah pelarian kerana kami belum mengesahkan maklumat mereka secara terperinci.
” Namun, saya yakin bahawa mereka adalah sebahagian daripada 2,000 etnik R0hingya yang meninggalkan BangIadesh pada akhir Januari lalu,” katanya.
Kumpulan sama cuba mendarat di Malaysia
Menurut Chris Lewa dari Arakan Project, kumpulan seramai 297 orang ini adalah sebahagian daripada 800 pelarian yang melarikan diri dari BangIadesh menggunakan kapal besar pada akhir Mac lalu.
” Kumpulan ini cuba mendarat di Malaysia pada April namun, tidak dibenarkan masuk kerana kebimbangan terhadap COVlD-19 yang memaksa mereka kembali semula ke lautan.
” Hal sama turut berlaku Jun lalu di mana 94 etnik R0hingya terdampar di Aceh selepas Thailand tidak membenarkan mereka mendarat.
” Kami percaya mereka ini adalah dari kumpulan yang sama dan seramai 30 orang dipercayai meninggI dnia dalam kapal sepanjang perjalanan mereka,” katanya.
lndonesia akan dapatkan peluang pekerjaan
Sementara itu pihak kerajaan lndonesia memberi tempat perlindungan kepada etnik R0hingya tersebut sementara menanti perbincangan untuk mendapatkan peluang pekerjaan.
Menurut Teuku Faizasyah, ketika ini, perkara paling utama adalah memberikan bantuan logistik dan memastikan mereka dalam keadaan baik.
Ketika ini, pihak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) sedang mengadakan rundingan dengan kerajaan lndonesia bagi memberikan peluang pekerjaan kepada mereka.
Namun, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Arakan Project, yang berpengkalan di Thailand bimbang mengenai ketibaan lebih ramai etnik R0hingya tahun ini yang didalangi sindiket penyeludupan manusia.
Malah, pihaknya juga yakin ada kapal yang akan bertolak dalam beberapa bulan akan datang khususnya pada waktu puncak sekitar akhir Oktober atau November.
via 1 MIN READ
0 Comments