SPRM diminta siasat punca peningkatan kos projek RM50 juta

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta siasat mengenai lebihan kos RM50 juta projek sisa pepejal di Taman Beringin, Kuala Lumpur.

Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran, mendakwa media sebelum ini melaporkan projek itu bernilai RM120 juta tetapi apabila senarai syarikat yang mendapat projek itu dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan, dikatakan meningkat kepada RM170 juta.

Oleh demikian, beliau mempersoalkan pihak mana yang akan mendapat keuntungan dianggarkan sejumlah RM50 juta daripada projek berkenaan.

"Laporan akhbar menyatakan projek itu bernilai RM120 juta tetapi apabila senarai syarikat yang mendapat projek itu dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan, ia meningkat kepada RM170 juta. Ada orang yang ambil RM50 juta. Ini duit rakyat," katanya ditemui di perkarangan Ibu Pejabat SPRM di sini, pagi tadi.

Prabakaran juga meminta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Zuraida Kamaruddin diminta mejelaskan perkara itu apabila mendakwa tidak mengetahui status rundingan terus projek sisa pepejal di Taman Beringin, Kuala Lumpur.

Beliau berkata, ia berikutan Zuraida pernah melawat projek terbabit sebelum maklumat lawatan itu dimuat naik ke dalam laman sosial Facebook pada 10 Disember lalu.

Beliau berkata, pihaknya akan menyerahkan segala bahan bukti yang ada padanya kepada suruhanjaya itu bagi membantu siasatan.

Pada Jumaat lalu, Zuraida berkata, pihaknya tidak mempunyai pengetahuan mengenai dua projek bawah kementeriannya yang didakwa dibuat secara rundingan terus.

Sebaliknya, Zuraida berkata, kedua-dua projek itu dibuat menerusi Kementerian Kewangan yang dicadangkan oleh menterinya ketika itu, Lim Guan Eng.

Isu projek rundingan terus terbongkar selepas pendedahan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Dewan Rakyat bahawa ada sebanyak 101 projek yang bernilai RM6.61 bilion dijalankan ketika Pakatan Harapan (PH) mentadbir negara selama 22 bulan.



Sumber : SPRM diminta siasat punca peningkatan kos projek RM50 juta

Post a Comment

0 Comments