
KUALA LUMPUR: Team Red Warriors Sdn Bhd (TRW) mengesahkan sudah menyelesaikan tunggakan gaji membabitkan 15 bekas pemain dan pegawai pasukan itu.
Jumlah itu termasuk tunggakan bekas kapten Kelantan, Mohd Badhri Radzi, Khairul Fahmi Che Mat, Brendan Gan dan beberapa jurulatih termasuk Hashim Mustapha dan pengendali dari Thailand, Sathit Bensoh.
Usaha itu dilakukan pemilik baharu TRW yang juga usahawan dan pakar pelaburan, Norizam Tukiman bagi memastikan skuad Pantai Timur itu mendapat lesen untuk beraksi dalam Liga Malaysia (Liga M) musim depan.
Peguam Kelab Bolasepak Kelantan (Kelantan FC), Shairuz Sheffie berkata usaha dilakukan kelab itu bagi memastikan kebajikan pemain dan membina semangat dan persembahan terbaik dalam skuad TRW.
"TRW ingin mengumumkan bahawa kami sudah berjaya menyelesaikan semua gaji tertunggak untuk bekas pemain dan pegawai Kelantan FC sejak tahun 2017, 2018 dan 2019 pada 17 September (semalam).
"Kami juga berjaya menyelesaikan tunggakan gaji enam bulan terakhir bagi pemain dan pegawai Liga Perdana ketika ini," kata Shairuz.
Sumber : TRW selesai tunggakan gaji
0 Comments