Warga emas maut mangsa anak lelaki sakit mental

IPOH: Seorang lelaki warga emas berusia 75 tahun maut dipercayai dibunuh anak lelakinya yang sakit mental di rumah mereka di Kampung Rapat, malam ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Mohamad Nordin Abdullah, berkata kejadian berlaku pada jam 7 malam ketika mangsa dan suspek berusia 49 tahun berada di rumah.

"Difahamkan berlaku pergaduhan antara mereka sebelum suspek dipercayai bertindak mencederakan mangsa menggunakan botol kaca.

"Polis yang tiba di lokasi mendapati terdapat seorang lelaki dalam keadaan cedera di muka, leher dan kepala.

"Mangsa ditemui dalam keadaan terbaring di ruang tamu dan ketika polis tiba suspek tidak cuba melarikan diri dan berada di sisi mangsa," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Mohamad Nordin berkata, difahamkan suspek sudah 20 tahun mengalami penyakit mental dan sering menerima rawatan dan ditahan polis untuk siasatan lanjut.

Katanya, polis masih menyiasat punca kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.



Sumber : Warga emas maut mangsa anak lelaki sakit mental

Post a Comment

0 Comments