KUALA LUMPUR – Polis membuka kertas siasatan ke atas pemilik akaun Facebook (FB) MGAG selepas didakwa memuat naik satu gambar aib Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memakai seluar dalam dan kain pelikat ketika membuat sidang media dari kediamannya.
Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, kertas siasatan itu dibuka susulan satu laporan polis dibuat di Senawang.
“Kita sudah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi 1998,” katanya ketika dihubungi tadi.
Semalam tular di media sosial gambar mengaibkan Dr Noor Hisham dimuat naik akaun FB terbabit sehingga mendapat kecaman warganet.
Susulan itu pemilik FB terbabit kemudian membuat permohonan maaf dengan mendakwa perbuatan itu hanya sekadar gurauan.
Status berbaur penghinaan itu turut dipadam dan permohonan maaf pemilik akaun itu setakat ini menerima 11,000 komen dan dikongsi 465 dengan 8,600 membuat emoji marah.
The post Aibkan Dr Noor Hisham, polis buka kertas siasatan first appeared on Wowberita.
via Wowberita
0 Comments