‘Aku dah cakap, jangan cabar kesabaran aku’

ISU buli dalam kalangan remaja tidak pernah berkurang, bahkan semakin merisaukan banyak pihak. Gegala sosial ini bukan satu perkara yang boleh diambil ringan kerana ia mampu mengganggu emosi dan mental seseorang yang pernah menjadi mangsa perbuatan tidak bermoral itu.

Biarpun pelbagai garis panduan, peringatan dan nasihat dihimpunkan menerusi media massa, penyelesaian gejala sosial ini masih kabur.

Semalam, tular di media sosial video seorang remaja dipukul beberapa remaja lain sehingga menimbulkan kemarahan dalam kalangan netizen.

Dalam kejadian yang dipercayai berlaku di PPR Kampung Muhibbah, Puchong itu, remaja lelaki berkenaan ditumbuk dan disepak beberapa kali dipercayai akibat salah faham.

Suspek pertama yang berbaju putih telah menendang telinga kiri dan kanan mangsa disusuli seorang lagi rakannya yang melakukan perbuatan yang sama.

Suspek: “Betul tak apa aku cakap dengan kau? Aku cakap jangan cabar kesabaran aku? Betul kan?”

Mangsa: “Betul..”

Suspek: “Habis tu kenapa cabar kesabaran aku?”

Mangsa: “Mana ada.”

Sepanjang kejadian itu, mangsa langsung tidak melawan dan terpaksa membiarkan suspek memperlakukannya seperti ‘punching bag’.

Video berdurasi 30 saat itu tular dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang rakta-ratanya mahu pembuli tersebut ditangkap dan dikenakan tindakan yang paling tegas.

Berikut antara komen netizen di media sosial:

The post 'Aku dah cakap, jangan cabar kesabaran aku' first appeared on Wowberita.



via Wowberita

Post a Comment

0 Comments