Tidak dinafikan dunia seni hiburan dalam kebanyakan waktu memang terlihat meriah bak pesta.
Malah sehingga kadangkala berjaya menutup dan membuatkan orang lupa bahawa di sebalik gemilang warna-warni, dunia artis memiliki sisi gelap.
Apabila dikaitkan dengan suasana hiburan tanah air, sepertimana yang diketahui ramai, industri kita tidaklah sebesar mana.
Meski sudah menerjah ke tahun 2020 sekalipun, ada beberapa perkara masih berada di takuk lama, masih jauh untuk dibandingkan dengan industri seni di Hollywood.
Sebagai contoh hak bayaran artis yang tidak setimpal oleh pihak produksi, hal kebajikan yang tidak terbela, artis senior dibayar murah, malah masih ada yang keciciran dalam menerima dana bantuan akibat sikap tidak cakna.
Zed Zaidi sendiri pernah cakap…
Tahun 2017, Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi pernah mengeluarkan kenyataan bahawa hanya 10 peratus artis tempatan yang benar-benar hidup mewah manakala selebihnya hidup sederhana.
Pun begitu, kebangkitan zaman media sosial membuatkan ramai dalam kalangan artis sudah tidak berasa segan lagi untuk menunjukkan kemewahan masing-masing.
Seolah-olah mereka ini saling berlumba menunjukkan siapa paling kaya dan bergaya, paling hidup mewah dan paling serba mampu.
Tak masuk akal kaya dalam tempoh singkat
Paling tidak masuk akal, tiba-tiba sahaja ramai kalangan artis dan instafamous mampu mencipta kekayaan dalam waktu yang singkat tanpa bergantung cuma pada cabang lakonan, muzik atau nyanyian.
Kebanyakannya mengaku memiliki perniagaan sendiri dan pelbagai, tidak dinafikan, ada antara kelompok ini sebenarnya kelihatan benar-benar mencurigakan.
Sebenarnya, kes Mcau Scam yang kecoh diperkatakan sejak Oktober lalu telah banyak membuka mata pelbagai pihak.
Malah, membuka cabang lain yang mana terbaharu turut merungkai wujudnya isu skndaI sekz dalam kalangan artis, mengaitkan keupayaan mereka yang terlibat meraih wang puluhan ribu ringgit dalam tempoh satu malam.
Menurut sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), antara yang terlibat bukan sahaja artis, tetapi juga golongan instafamous yang sebahagian daripada mereka dilihat mencurigakan lantaran hidup mewah di usia yang begitu muda.
Bayangkan, dalam tempoh satu malam ada yang mampu meraih sehingga RM40,000 jika sudi menjadi pel3mpias nfsu golongan kenamaan yang sanggup membayar mereka untuk ‘perkhidmatan’ yang diberikan.
Perkara ini didakwa sudah lama berlaku dalam industri, cuma sama ada kantoi atau tidak. Bak kata orang, kalau pandai makan, pandailah simpan.
Tetapi, melewati era bahru dengan dunia media sosial kini, gelanggang permainan juga tentulah mempertaruhkan wajah-wajah baharu yang mana, kalau dahulu cuma artis, sekarang golongan instafamous pun menjadi sasaran.
Sumber:utusan
via 1 MIN READ
0 Comments