Bebebapa hari lalu gambar penyampai radio, pengacara dan penyanyi Hunny Madu bercvmbu dengan seorang jejaka Mat Saleh tersebar di media sosial.
Sejak itu warganet tertanya-tanya apa sebenarnya status bekas deejay Fly FM itu dengan lelaki terbabit.
Terbaru, Hunny Madu mengesahkan sudah mendirikan rumah tangga buat kali kedua pada 2 Mei lalu.
Ia susulan gambar percutian yang dimuat naik di Instagram memaparkan Hunny bersama jejaka Mat Salleh.
Majlis pernikahan yang diadakan di kediaman keluarga Hunny atau nama sebenarnya Hani Farhana Mohd Hatim di sini dibuat secara dalam talian memandangkan situasi pandemik COVlD 19 masih belum reda.
” Kami hanya maklumkan keputusan berkahwin ini kepada keluarga terdekat dan kawan rapat saja.
” Majlis nikah memang ringkas dan hanya disaksikan adik beradik, ibu bapa dan dua anak saya.
” Ustaz yang bertugas menjadi saksi pernikahan kami berada di lokasi berbeza.
” Baju nikah pun kami pinjam sebagai memenuhi syarat kerana keterbatasan waktu untuk menyiapkan yang baru.
” Cukup sebegitu untuk jadi memori kenangan saya dan suami,” katanya.
Menurut Hunny, majlis resepsi sepatutnya berlangsung pada September lalu, namun ditunda ekoran sebab tertentu.
” Majlis terpaksa ditunda kerana ada hal yang tak boleh saya kongsikan.
” Insya Allah, majlis yang dirancang itu akan diadakan pada masa yang lebih sesuai waktu mendatang,” katanya.
Pasangan ini juga sempat ke Pulau Langkawi untuk percutian keluarga yang turut disertai dua anaknya.
” Nak kata bulan madu pun tidak. Tapi percutian baru baru ini itu umpama bulan madu bersama keluarga kecil saya,” katanya.
Hunny juga memanjat kesyukuran kerana dipertemukan dengan suami yang disifatkan cukup baik kepada dirinya, anak serta keluarga.
” Saya bertuah ada dia. Dia buat saya bahagia. Semoga hubungan kami ini akan kekal sampai ke jannah. Insya Allah,” katanya.
Dalam pada itu, Hunny juga ingin memohon maaf kepada pihak yang terasa dengan gambar yang dimuat naik bersama suami yang dianggap keterlaluan dikongsi di Instagram.
” Semua itu timbul sebab ada yang tak tahu perkara sebenar yang saya dan dia sudah berkahwin.
” Sebab itu saya ambil kesempatan untuk meleraikan persoalan ini,” katanya.
Siapa suami baru Hunny Madu?
Suami Hunny Madu yang memeluk agama Islam sejak Februari lalu sudah menetap di Malaysia sejak Januari 2018.
Menurut Hunny, suami barunya itu merupakan seorang jejaka Eropah bernama Fedrighi Francesco.
Tambah Hunny, Fedrighi berasal dari Verona, Itali dan bekerja sebagai cef di ibu kota.
Berdasarkan semakan di portal asiatatler.com, Fedrighi merupakan ketua cef di restoran terkemuka yang diusahakan oleh Modesto Marini (individu yang memiliki rangkaian restoran terkenal di ibu kota)
Difahamkan antara restoran di mana Fedrighi menjadi orang kuat Modesto adalah Marble 8 yang terletak di tingkat 56 Menara 3 Petronas.
Terdahulu, Hunny pernah berkahwin dengan Khairul Azhar Abdul Wahid pada 2010 dan bercrai pada Oktober 2018.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Eva Medina, 8, dan Adam Musa, 3.
via 1 MIN READ
0 Comments