” Dia (pemuda) nampak ikhlas dan itu yang membuatkan kami sekeluarga tersentuh.
” Saya kagum dengan keberaniannya tampil untuk memohon maaf walaupun masih serba salah dan trauma selepas apa yang berlaku,” kata Siti Nabyelah Mohamad Ithinin.
Siti Nabyelah, 30, memberi reaksi itu ketika diminta mengulas mengenai hantarannya di Facebook mengenai keberanian seorang pemuda bertemu bapa saudaranya, Mohammad Sengaji, 60, yang tampil meminta maaf selepas meI4nggar isteri Mohammad tahun lalu.
Dalam kmIangan yang berlaku pada 24 September di Labuan, isteri Mohammad, Rosnah Hawa meninggI dnia selepas diI4nggar kenderaan dipandu pemuda itu.
Menerusi hantaran di Facebook, Siti Nabyelah berkongsi gambar pemuda berkenaan mencium tangan bapa saudaranya dalam pertemuan itu.
Perkongsian itu mendapat perhatian selepas tular di laman sosial dengan rata-rata warganet memuji keberanian lelaki itu.
Bercerita lanjut, Siti Nabyelah berkata, pertemuan antara bapa saudara dan pemuda itu diadakan di rumah kakak iparnya, Nasha Farinin Nazri, 28 di Simpang Bunga Raya, Kampung Kilan Pulau Akar, Labuan pada 30 September lalu.
Katanya, ia diadakan hasil permintaan pemuda itu sendiri yang datang bersama adik perempuan dan majikannya serta persetujuan keluarganya.
” Pertemuan itu diatur kakak ipar saya selepas dihubungi pemuda berkenaan.
” Ikutkan, sudah lama pemuda itu mahu bertemu dengan bapa saudara saya dan kami sekeluarga tetapi masa tidak sesuai sehingga pada 30 September lalu.
” Dalam pertemuan selama sejam itu, pemuda berkenaan menceritakan semula apa yang berlaku ketika kejadian dan bersungguh memohon maaf dengan bapa saudara saya.
Tidak sengaja I4nggar hingga sebabkan kem4tian
” Bukan hanya dia, malah kami sekeluarga turut menangis mendengar ceritanya yang memaklumkan tidak sengaja menyebabkan kem4tian itu,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Sebelum ini Siti Nabyelah berkongsi di Facebooknya yang mencuri perhatian ramai.
” Ini ka yang meI4nggar tu?”
” Iya pakcik. Dia la yang terI4nggar macik”
” Bukan juga sengaja bah tu…”
Seketika ibu saya mencelah. Dengan tenang pakcik berkata
” Ooh.. Iyalah. Apa boleh buat. Dia ada di sana. Kau pun ada di sana”
Menurut Siti Nabyelah, riak wajah bapa saudaranya dalam pertemuan itu tampak tenang ketika menerima penjelasan dan tidak keberatan memaafkan pemuda berkenaan.
Katanya, sebelum beredar, pemuda berkenaan sempat memberikan sedekah kepada bapa saudaranya itu.
” Lagipun, bukan mudah untuk memohon maaf, terutama jika kita berada di tempatnya kerana pastinya perasaan takut, serba salah dan trauma bercampur baur kerana menyebabkan kem4tian seseorang walaupun tidak sengaja.
” Diharap, semua yang membaca kisah saya kongsi itu mencontohi keberaniannya jika melakukan kesilapan. Sebagai Muslim, lebih baik memaafkan daripada berdendam,” katanya.
Pemuda yang berhati mulia
Simpati melihat nasib pemuda yang tidak sengaja terlanggar ibu saudaranya, Siti Nabyelah turut berkongsi serba sedikit mengenai pemuda berkenaan.
Budak yang I4nggar tu pun mulia hatinya. Abang yang bertanggungjawab.
Kerja mekanik. Tak pernah pun ambil cuti sebab perlu tanggung adik dia masih sekolah. Mak ayah tak ada dah sejak kecil lagi.
” Sebab tu la saya kesian sangat dengan budak tu. Muda lagi. Adik dia pun ikut jumpa juga kelmarin. Nangis-nangis adik dia.” jelas Nabyelah.
Katanya, pemuda itu sanggup berhenti belajar untuk menyara adik-adiknya. Adik perempuan dua orang dia jaga. Seorang masih belajar di UMS. Seorang lagi tingkatan 4.
Dia ada seorang abang. Abang yang sulung kerja di Shah Alam. Yang langgar tu anak kedua. Abang dia pun muda lagi. Umur 25.
via 1 MIN READ
0 Comments