Gadis OKU Sampai MengaIirkan Air Mata Selepas DibuuIi Kanak-Kanak Lain. Ini Respon Padu Neelofa

Kisah pengacara popular Neelofa yang berniqab sejak beberapa hari lalu mendapat reaksi luar biasa warganet.

Dek kerana populariti yang dimiliki Neelofa, ramai peminat berasa menyatakan sokongan kepadanya sehingga ada yang mahu mengikut jejaknya.

Pengaruh Neelofa di media sosial sememangnya tidak boleh dinafikan. Setiap hantaran atau apa yang ditulis pasti akan mencuri perhatian ramai.

Terbaru Neelofa tersentuh dengan apa yang berlaku kepada seorang gadis 0KU yang menjadi mngsa ‘buuli cyber’.

Neelofa turut mengakui berasa terkilan apabila seorang kanak-kanak sndrom d0wn dikenali Puteri Bulan ‘dibuuli’ di aplikasi TikTok.

Neelofa berkata, apa yang dilakukan anak syurga itu hanyalah menyebarkan positiviti dan berseronok.

” Sedih apabila dia terpaksa berdepan dengan segala komen negatif, sedangkan apa yang dia buat hanyalah berkongsi positiviti dan keseronokan.

” Teruskan jadi diri sendiri Puteri Bulan,” tulisnya di Twitter.

Neelofa turut berkongsi satu video daripada seorang pemilik akaun di Twitter yang mempertahankan gadis terbabit.

Perkongsian video berkenaan menerima lebih 12,000 ulang kicau (Retweet) serta 22,000 tanda suka.

Menerusi video itu, pemilik akaun dikenali Farahalien mengakui kesal apabila video TikTok yang dimuat naik Puteri Bulan dicemari dengan kata-kata kurang enak, dipercayai ditulis oleh kanak-kanak lain yang juga pengguna TikTok.

” Saya haru memberi respon kepada benda ini kerana saya memang sakit hati giler

” Ok pertama sekali saya suka sangat dengan video Puteri Bulan ini.

” Tapi bila saya skroll ke bawah, saya nampak banyak sangat komen negatif seperti, “kau budak lagi, tiberr menda b#bi, gedikk..”

” Dan kebanyakan mereka yang komen adalah budak-budak lagi dan saya geram giler sebab budak-budak ini baru macam darjah 3, 4, 5

” Dan Puteri Bulan pula berumur dalam 17 tahun dan jauh lebuh berusia dari budak-budak itu..jadi mak bapak korang tak ajar ke, like kesiannya.

” Untuk Puteri Bulan please jangan makan hati dengan kata-kata dorang itu..” kata Farahalien

Malah video terbabit turut memaparkan Puteri Bulan mengalirkan air mata apabila dibuuli oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Reaksi warganet

Sementara itu menerusi ruangan komen, rata-rata warganet menyokong dan terharu kata-kata artis sensasi yang baru berniqab itu.

” Sedihhhh dia ada perasaan tau. aku hari-hari dengan adik yang special macam adik ni…rasa like dia perlekehkan adik aku juga. ya allah sakitnya hati.” tulis NSJ

” Selalu tengok Tiktok adik ni, memang a lot of sensitive comments, kesian tengok dia. Adik tu pun tak minta jadi macam tu, so.. please stop bullying. Semoga adik sentiasa diberikan kekuatan” tulis Faezah.




via 1 MIN READ

Post a Comment

0 Comments