Seorang peguam popular bernama Nor Zabetha menulis satu hantaran di Facebook merujuk kepada kjadian saspek utama kes Mcau Scam bergelar Datuk Seri yang berjaya larikan diri.
Menurut Zabetha, pihak berkuasa harus mengesan saspek terbabit kerana masyarakat sangat berharap sekiranya dia bersalah, dia perlu dikenakan hvkuman setimpal.
Namun sekiranya saspek tidak berjaya ditangkap semula, perkara yang membimbangkan pasti akan terjadi.
Berikut adalah perkongsian beliau;
What doesn’t k#ll you makes you stronger- Apa yang tidak membuatkan kau patah atau lemah hanya akan membuatkan kau lebih kuat.”
Saya tak mahu sembang tentang teori bagaimana suspek kes Mcau itu terlepas.
Ramai yang sedang berdebat tentang isu ini. Jujur saya katakan memang saya sendiri tidak puas hati.
Saya harap kalau ada penglibatan pihak berkuasa sendiri, tolonglah ambil tindakan yang berat dan buat siasatan terperinci. Orang awam sedang menunggu jawapan.
Yang membimbangkan, apabila dia lolos. Dia bakal jadi lagi hebat, lebih kebal dan lebih bijak. Kenapa?
Sebab dia belajar dari kesilapan sehingga dia tertangkap. Jadi dia tidak akan ulangi kesilapannya lagi.
Barangkali sewaktu dia disiasat berjam-jam oleh SPRM, dia sudah belajar taktik-taktik perkara yang disiasat.
Apa yang dicari oleh kumpulan penyiasat? Apa soalan yang ditanya sehingga menjerumus kepada kesalahan kes.
Dia belajar dan dia takkan ulang lagi segala kesilapannya. Jadi jenayahnya selepas ini bakal lebih kemas, bakal lagi cantik dan teratur.
Barangkali dia langsung tidak dapat dikesan selepas ini kerana pengalamannya yang tertangkap dan lolos.
Walaupun hidup dalam pelarian, jadilah dia seorang pelarian yang terpaling mewah. Dia pasti tidak duduk sahaja.
Dia pasti ‘berbisnes’ semula. Kali ini, dia lebih teliti dan hati-hati.
Dikumpulnya semula bala tentera yang baru untuk meneruskan empayarnya. Kali ini barangkali perbuatan mereka tidak akan dihidu.
Saya kasihan memikirkan nasib mngsa-mngsa. Sudahlah dimngsakan dan tidak mendapat keadilan.
Saya kasihan pula memikirkan bakal-bakal mngsa yang bakal tertipu.
Barangkali cara penipuannya lebih kemas dan strategi baru, yang sudah lapuk sehingga menyebabkan dia tertangkap tidak lagi relevan. Haihhh. Berapa ramai lagi selepas ini menjadi mngsa.
Berapa juta lagi yang bakal diperolehi? Berapa banyak lagi air mata kerana kehilangan dan kerugian?
Berapa ramai lagi kehidupan yang bakal dirampas setelah kehidupan tinggal sehelai sepinggang dan terpaksa meminta ke sana dan sini?
Saya berharap sangat, dia tertangkap buat masa yang terdekat ini. Saya masih meletakkan keyakinan kepada pihak berkuasa bahawa dia pasti tertngkap.
Kalau tertangkap lagi, harapan saya kali ini, biarlah dikawal rapi secara yang paling terkawal.
Oleh Nor Zabetha
via 1 MIN READ
0 Comments