Ini Kata-Kata Penting Dari Anwar Selepas Selesai Mengadap Agong, ‘Rakan2 Media Dijemput Hadir Untuk..’

Tumpuan rakyat dan semua pihak sekali lagi terarah kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim sebaik beliau selesai mengadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Sebelum itu, Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Anwar menghadap Agong selepas ia tertangguh sebelum ini dan tiada kaitan dengan mempersembahkan sokongan ahli parlimen.

Menurutnya, Anwar yang memohon untuk menghadap Agong.

” Tiada kena mengena dengan mempersembahkan sokongan ahli parlimen, tetapi jika beliau (Anwar) ingin mempersembahkan juga sokongan (ahli parlimen), boleh serahkan,” katanya semalam.

Ini kata-kata dari pihak Anwar

Terbaru, Anwar akan mengadakan satu sidang media khas pada jam 2 petang di sebuah hotel di ibu negara susulan pasca sesi beliau menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah pagi tadi.

” Satu pengumuman penting pasca sesi mengadap DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong akan diadakan hari ini.

” Rakan-rakan media dijemput untuk hadir bagi sidang media penting ini, serta diingatkan agar sentiasa mematuhi segala SOP berkaitan Covid-19,” kata Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil dalam satu kenyataan.

Terdahulu ahli parlimen Port Dickson itu memasuki pekarangan Istana Negara 10.25 pagi.

Dia kemudian meninggalkan kawasan Istana Negara kira-kira jam 11.30 pagi dan sempat melambai ke arah media yang menunggu di pintu masuk.

Sejak bulan lalu, Anwar memohon untuk menghadap Agong selepas mendakwa mempunyai jumlah sokongan mencukupi untuk membentuk kerajaan baru.

Pemimpin pembangkang itu tidak memperincikan bilangan tepat jumlah sokongan dimilikinya atau identiti ahli parlimen yang menyokongnya, tetapi satu laman web tidak lama kemudian menyiarkan senarai 121 ahli parlimen dari semua parti yang dikatakan menyokongnya.

Semakan Malaysiakini mendapati senarai itu sudah tidak dapat diakses lagi dan pelbagai ahli parlimen yang dinamakan dalam senarai itu dilaporkan menjauhkan diri mereka daripada dakwaan berkenaan, atau secara terbuka menafikannya.

Setelah nama mereka timbul dalam senarai itu, beberapa wakil rakyat Umno – termasuk Ahli Parlimen Arau Shahidan Kassim dan Idris Jusoh (Besut) telah membuat laporan polis bagi menafikan penglibatan mereka dalam cubaan Anwar.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Huzir Mohamed, semalam mengesahkan yang polis menerima enam laporan berhubung perkara itu dan Anwar telah dipanggil untuk disoal siasat.

Bagaimanapun ia ditangguhkan ke satu tarikh lain yang tidak didedahkan, kerana Anwar dilaporkan hanya ada kelapangan jam 9 pagi hari ini.




via 1 MIN READ

Post a Comment

0 Comments