Sebelum ini pernah heboh di medla sosiaI berkenaan seorang usahawan wanita yang juga merupakan personaliti media sosiaL apabila dirinya dihalau daripada sebuah restoran asam pedas popular di Bandar Hilir, Melaka ketika sedang membuat ‘live’ di Facebook di kedai berkenaan.
Namun, isu tersebut telah selesai dan personaliti media sosiaI itu juga telah memohon maaf berkenaan insiden terbabit.
Kali ini lain pula ceritanya apabila seorang lelaki yang juga usahawan kosmetik disimbah air sirap ketika membuat reviu produk di sebuah restoran.
Difahamkan, pelanggan berkenaan telah beberapa kali menegur usahawan tersebut supaya menghormati pelanggan lain yang sedang makan, bagaimanapun tidak diendahkan.
Drama simbahan air sirap seperti cat merah tercetus sejurus usahawan itu mengeluarkan kata-kata kesat sebelum terjatuh dari kerusi apabila bajunya ditarik oleh pelanggan yang berang itu.
Susulan kejadian itu, penyanyi rap terkenal, Caprice mendakwa kejadian tersebut hanyalah lakonan semata-mata demi melariskan produk.
“Samseng mana ada order guna air sirap, biasa yang order air sirap ialah budak-budak makcik dan ‘sotong’. Biasanya kalau betul gangster, dia akan order tea o panas atau kopi kurang manis,” ujar Caprice.
Hasil carian juga mendapati pemuda yang menyimbah air sirap dalam kejadian tersebut bekerja sebagai freelancer dalam bidang lakonan.
Ini menguatkan lagi dakwaan bahawa kekecohan yang berlaku sudah dirancang sejak dari awal lagi.
Sebelum ini seorang lelaki dipercayai pelanggan lain di restoran tersebut beberapa kali menegur usahawan tersebut supaya menghormati pelanggan yang sedang makan.
Drama simbahan air sirap seperti cat merah tercetus sejurus usahawan itu mengeluarkan kata-kata ke-sat sebelum terja-tuh dari kerusi apabila bajunya ditarik oleh pelanggan yang berang itu.
The post Isu usahawan kosmetik disimbah air sirap lakonan semata-mata? first appeared on Wowberita.
via Wowberita
0 Comments