‘Jualan baru RM75 kena saman RM300’ – Kisah penjual air ini tarik perhatian MB Selangor

Berniaga atau menjaja di tepi jalan lebih-lebih jika tanpa lesen sememangnya berisiko untuk disaman oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) seperti apa yang dihadapi pemuda ini.

Menurut perkongsiannya di Twitter, pemuda ini dikatakan baru sahaja menjual lima botol air berharga RM75 sebelum didatangi penguatkuasa MBSA.

“Kisah sedih hari ini. Hari ini saja teman Azri niaga carboot, dia kata nak cari duit lebih sebelum masuk semester baru.

“Tak sampai setengah jam berniaga, jualan baru lima botol, abang-abang MBSA datang bawa surprise!

“Surprise, jualan baru RM75 kena saman RM300,” kongsinya di Twitter melalui video TikTok itu.

Perkongsian kisah sedih mereka itu kemudiannya mendapat hampir 30,000 retweet di laman Twitter dengan rata-rata netizen meninggalkan kata-kata semangat buat rakannya itu.

Bagaimanapun apa yang paling mencuri tumpuan adalah apabila menteri besar Selangor sendiri melihat ciapan tersebut dan memberikan respon.

Tambah mengujakan, respon yang diberikan bukanlah hanya sekadar kata-kata semangat, tetapi Amirudin Shari memaklumkan telah mengambil perhatian mengenai perkara itu dan berjanji untuk membantu mereka berniaga selepas ini.

“Saya telah menghubungi saudara @iszlqrn untuk mendapatkan maklumat lanjut.

“Saya juga telah menghubungi pihak MBSA untuk membantu memudahcara urusan beliau untuk berniaga di sekitar Shah Alam,” ciap beliau di Twitter.

The post ‘Jualan baru RM75 kena saman RM300’ – Kisah penjual air ini tarik perhatian MB Selangor first appeared on Wowberita.



via Wowberita

Post a Comment

0 Comments