” Keadaan sekarang ni 50-50, jadi pelabur tak akan datang, ekonomi negara kurang baik.
” Dan yang buat keadaan begini adalah rakyat, rakyat yang undi 50-50 (PH) dulu ni.. Dan rakyat undi dahulu kerana rakyat kena tipu,”
Demikian kata-kata Anggota Parlimen Padang Besar dari BN, Zahidi Zainul Abidin yang menimbulkan perdebatan warganet.
Zahidi berkata, masalah kemelut politik yang berlaku kini adalah kerana kesilapan rakyat yang mengundi kerajaan Pakatan Harapan (PH) sewaktu pilihan raya umum (PRU-14) lalu.
Tambahnya, jika kemelut politik ini tidak diselesaikan, ia bakal memburukkan lagi keadaan ekonomi negara.
Dia berkata demikian setelah ditanya pemberita berhubung titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Sultan Haji Ahmad Shah yang menuntut ahli politik supaya berhenti bermain politik demi menjaga kestabilan negara.
” Pertama sekali, itu saranan Yang di-Pertuan Agong kita kena ikut, tetapi situasi sekarang 50-50, jadi pelabur tidak akan datang, ekonomi kurang baik dan yang buat keadaan jadi macam ini adalah rakyat.
Sebentar tadi, semua ahli parlimen BN dan Umno mengadakan mesyuarat di bangunan tersebut.
Mesyuarat itu diadakan susulan keputusan Yang di-Pertuan Agong semalam, yang menolak permintaan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk mengisytiharkan darurat.
Ia bagi membolehkan ahli parlimen BN untuk menyatakan pandangan masing-masing mengenai kemelut politik tanah air.
Sementara itu, timbalan menteri komunikasi dan multimedia itu turut meminta rakyat jangan menghukum ahli politik yang kini sedang melakukan tugas untuk membetulkan keadaan tersebut.
” (PH janjikan) tol percuma, harga barang turun tetapi benda itu tak semua berlaku dan rakyat yang buat keputusan (mengundi PH) dan keadaan hari ini dari keputusan rakyat.
” Orang politik ini tugas hanya betulkan keadaan sahaja jadi bagaimana untuk betulkan keadaan, ini yang patut kita bagi pandangan,” katanya lagi.
Zahidi kata dia tak setuju cadangan gesa Muhyiddin letak jawatan
Ahli-ahli parlimen BN bermesyuarat hari ini susulan keputusan Yang di-Pertuan Agong menolak cadangan darurat oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin semalam.
” Hari ini (bincang) semua (perkara).
” Jadi mesyuarat hari ini, jika ada sebarang keraguan kita boleh tanya apa saja,” kata Zahidi Zainul Abidin di bangunan Umno di Kuala Lumpur.
Anggota parlimen Padang Besar itu berkata, mereka akan membincangkan situasi semasa, penolakan perintah darurat oleh Agong dan pandangan BN.
Zahidi juga berkata mereka akan membincangkan bagaimana membantu rakyat yang terjejas dengan Covid-19.
Mengulas sokongan terhadap Muhyiddin, dia berkata mereka masih bersama perdana menteri.
Dia tidak bersetuju dengan gesaan anggota Majlis Tertinggi Umno Mohd Puad Zarkashi supaya Muhyiddin meletakkan jawatan setelah cadangannya ditolak Agong semalam.
Antara yang dilihat hadir termasuk bekas perdana menteri Najib Razak, veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah, anggota parlimen Pasir Salak MP Tajuddin Abdul Rahman dan timbalan speaker Dewan Rakyat yang juga anggota parlimen Pengerang, Azalina Othman Said.
The Vibes melaporkan ahli Majlis Tertinggi Umno dan Ahli Parlimen Arau, Shahidan Kassim mencadangkan pertemuan anggota parlimen BN.
Mesyuarat yang bermula pada pukul 12.30 tengah hari itu dimulakan tanpa sebahagian anggota parlimen BN yang juga menteri kabinet kerana menghadiri mesyuarat khas kabinet yang dipengerusikan Muhyiddin sejak pagi tadi.
Sumber:maIaysiakini
via 1 MIN READ
0 Comments