Pakcik tua gigih jual lepat pisang kumpul wang RM3,000 buat pembedahan mata

Ada yang terpaksa bergelumang dalam kesusahan demi meneruskan hidup. Tiada istilah penat, selagi terdaya, selagi ada kudrat, selagi itu mereka akan bekerja demi mencari rezeki yang halal.

Seperti perkongsian oleh seorang gadis, Nuriylia Malek di Twitter mengenai seorang warga emas yang ditemuinya sedang menjual di tepi jalan di Jitra, baru-baru ini.

Dengan kudrat yang masih tersisa, warga emas lebih separuh abad itu masih gigih berdiri menanti pelanggan yang datang membeli kuih jualannya, lepat pisang, pulut udang dan tepung bungkus.

Ketika ditanya, Nuriylia berkata, pak cik tersebut ingin mengumpul wang demi melunaskan satu hajatnya selama ini iaitu untuk melakukan pembedahan mata supaya penglihatannya lebih jelas akibat masalah kencing manis.

Kata Nuriylia, jumlah pembedahan menelan belanja sebanyak RM3 ribu ringgit namun warga emas itu hanya dapat mengumpul ratusan ringgit hasil dari jualan kuih yang tidak seberapa.


Rata-rata warganet yang membanjiri ruangan komen turut menzahirkan rasa simpati dan kagum akan kegigihan warga emas itu mencari rezeki tanpa meminta-minta.

Malah, kesedapan kuih-muih yang dijual oleh beliau turut diakui oleh ramai warganet. Semoga hajat pak cik tertunai dan semua urusan dipermudahkan.

The post Pakcik tua gigih jual lepat pisang kumpul wang RM3,000 buat pembedahan mata first appeared on Wowberita.



via Wowberita

Post a Comment

0 Comments