Kita Boleh Bekerjasama Dengan Muhyiddin Dan Azmin, Kenapa Tidak Dengan Anwar? – Najib

Ada media portal yang laporkan seolah-olah saya mendesak semua ahli parlimen UMN0 untuk sokong Anwar jadi PM.

Ini kurang tepat.

Mesyuarat hari ini adalah untuk semua ahli parlimen membincang halatuju parti dalam krisis COVlD hari ini dan kita diberi peluang untuk mengeluarkan pandangan masing-masing.

Cadangan pertama saya adalah untuk UMN0 mendesak satu tarikh yang tetap untuk Pilihanraya Umum pada masa hadapan selepas COVlD terkawal.

Membubar parlimen untuk mengembalikan kuasa kepada Rakyat untuk memilih semula juga pilihan parti semasa PM7 letak jawatan pada bulan Februari lalu.

Saya berpendapat ini adalah pilihan terbaik untuk negara sebab majoriti yang tipis kerajaan PN adalah punca politik tak stabil pada ketika ini dan ini juga akan menyebabkan pelabur tak yakin dengan negara sebab mereka akan bimbang untuk melabur jika kerajaan akan tumbang pada bila-bila masa.

Saya juga berpendapat bahawa PM8 telah mencorak langkah yang salah untuk meminta darurat dalam usaha kekalkan kuasa dan saya bimbang bahawa permintaan dia yang ditolak YDP Agong dan Raja-raja Melayu boleh menyebabkan UMN0 disalahkan pengundi.

Cadangan kedua saya ialah jika cadangan pertama ditolak PN maka UMN0 perlu terbuka kepada rundingan dengan parti-parti politik lain termasuk parti Anwar jika UMN0 masih tak berpuas hati dengan layanan dalam kerajaan PN selepas apa yang berlaku di Sabah.

Namun, cadangan saya ada syarat bahawa kerjasama dengan Anwar tidak akan melibatkan parti DAP. Ini ditegas beberapa kali dalam mesyuarat hari ini.

Kenapa kita tidak boleh runding dengan Anwar?

Saya lihat kita boleh bekerjasama dengan Muhyiddin dan Azmin pada bulan Februari lalu walaupun pada masa itu PPBM merupakan musuh kita yang banyak mengambil ahli-ahli parlimen UMN0, kenapa kita tidak boleh runding dengan Anwar untuk bekerjasama bersyarat sehingga PRU15?

Syarat-syarat ini termasuk membuka jalan untuk UMN0 mengambil peranan dalam hala tuju kewangan dan ekonomi melihat pada masa kini PPBM memonopoli jawatan PM, Menteri kanan yang paling kanan, menteri kewangan, menteri ekonomi dan Majlis Tindakan Ekonomi tanpa sebarang wakil dari parti UMN0, PAS atau mana-mana parti lain.

Dengan ini kita boleh merangka pelan bantuan dan rangsangan ekonomi yang lebih effektif seperti melanjutkan moratorium pinjaman serta mempercepatkan pakej bantuan khusus untuk Sabah yang amat diperlukan segera tetapi gagal dikeluarkan sejak sebulan dahulu walaupun impak kepada Sabah pada masa kini adalah amat parah.

Follower FB saya juga faham bahawa saya sudah beberapa kali sudah meluahkan kekecewaan saya dengan pengendalian COVlD kerajaan PN terutamanya untuk kluster-kluster penjara yang menyumbang bahagian paling besar kes COVlD dalam gelombang ketiga ini.

Walaupun UMN0 tak terlibat dalam kementerian tersebut, UMN0 tentu akan disalahkan. Dan jika kita diberikan peranan lebih besar, kita boleh menyumbang kepada usaha untuk menyelesaikan kelemahan ini.

Saya juga terbuka kepada pilihan untuk teruskan sokongan bersyarat kita kepada kerajaan PN sehingga PRU15 tetapi kita perlu berunding semula syarat-syarat supaya UMN0 dan BN diberi peranan lebih besar terutamanya dalam hal-ehwal berhubung rancangan ekonomi.

Apapun, itu antara cadangan dan pendapat saya dalam mesyuarat hari ini. Terpulang kepada parti untuk menilai dan membincang cadangan-cadangan ini.

Sebagai orang parti, saya akan terus menyokong keputusan Majlis Tertinggi UMN0 yang sedang bermesyuarat malam ini.

NOTA: Entah siapa portal MalaysiaNow yang diurus adik Latheefa Koya ini? Lapor yang bukan-bukan.
Tiada sesiapapun yang serang saya dalam mesyuarat hari ini. Noh Omar tak ser4ng saya dan Nazri tak ser4ng saya. Nazri tak hadir dalam mesyuarat hari ini pun sebab dia ada di Kelantan.

Sumber:FB Najib Razak




via 1 MIN READ

Post a Comment

0 Comments