Terjawab Punca Sebenar Kenapa Anwar Dipanggil ke Bukit Aman Esok. Ini Kenyataan PDRM

Dua hari lalu, seluruh mata tertumpu kepada kepada presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengadap YDP Agong Al-Sultan Abdullah di istana negara.

Kira-kira 30 minit kemudian, Anwar dilihat meninggalkan istana dengan menaiki kereta Jaguar berwarna hitam sambil tersenyum dan melambai tangan kepada pihak media.

Seterusnya beliau memberitahu akan membuat sidang media pada hari yang sama.

Semasa sidang media, beliau berkata, dokumen sahih mengenai majoriti kukuh dan meyakinkan daripada Ahli Parlimen menyokongnya sudah dipersembahkan kepada Al-Sultan Abdullah.

Namun, pada hari yang sama juga, istana negara telah mengeluarkan kenyataan berhubung perkara tersebut.

Difahamkan Anwar telah mengemukakan jumlah Ahli-ahli Dewan Rakyat yang didakwa memberi sokongan kepada beliau.

Walaubagaimanapun, beliau tidak mengemukakan senarai nama Ahli-ahli Dewan Rakyat untuk mengukukuhkan dkwaan tersebut.

Justeru, Al-Sultan Abdullah telah menasihati Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk akur dan menghormati proses-proses perundangan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Anwar dipanggil ke Bukit Aman esok, Jumaat

Terkini, Anwar Ibrahim dipanggil untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat PoIis Bukit Aman esok berhubung senarai ahli parlimen yang didakwa menyokongnya sebagai Perdana Menteri.

Pengarah Siasatan Jnayah Bukit Aman, Huzir Mohamed berkata, pihak poIis setakat ini menerima sebanyak 113 laporan mengenai perkara itu.

” PDRM masih menjalankan siasatan lanjut berkenaan dakwaan yang tersebar luas di media massa ketika ini.

” Sehubungan itu, YB Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diminta untuk hadir memberi keterangan pada 16 Oktober 2020 di Pejabat Unit Siasatan Jnayah Terkelas (UJST) Jabatan Siasatan Jnayah Bukit Aman,” katanya.

Huzir berkata siasatan diklasifikasikan di bawah Sksyen 505 (b) Knun Kesksaan dan Sksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Ini arahan PDRM

PDRM juga katanya menggesa orang ramai tidak membuat, menerbitkan atau mengedarkan apa-apa kenyataan, khabar angin atau berita yang mempunyai kecenderungan mencetuskan suasana tidak harmoni, perpec4han, perasaan permusvhan yang boleh menggugat ketenteraman serta keselamatan awam.

Anwar dalam sidang media bulan lalu mendakwa mempunyai cukup majoriti untuk menubuhkan kerajaan baru.

Pada Selasa lalu, presiden PKR itu mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah bagi mempersembahkan dokumen sahih yang didakwa bukti sokongan lebih 120 anggota parlimen terhadapnya.

Sebelum mengadap Seri Paduka, senarai ahli parlimen yang dikatakan menyokongnya sebagai perdana menteri tular di media sosial.

Beberapa anggota parlimen Umno yang turut disenaraikan, bagaimanapun menafikan pembabitan mereka dan membuat laporan poIis.

Sumber:MaIaysiakini




via 1 MIN READ

Post a Comment

0 Comments