UMN0 Pertimbang Tarik Diri Dari Gabungan PN. Ditanya Sebab Sokong Anwar Ke? Ini Jawapan Padu Zahid

Ibarat retak menanti belah?

Ketika awal pengumuman 2 parti terbesar orang Melayu iaitu PAS dan UMN0 mahu bergabung sebagai Muafakat Nasional (MN), rakyat mula menaruh harapan tinggi.

Kemudian disusuli dengan penggabungan parti Bersatu yang membentuk kerajaan bersama dengan MN dan dikenali sebagai Perikatan Nasional (PN), seakan memberi sinar baru kepada rakyat di kalangan orang Melayu.

Namun, dengan segala kemelut dalam yang dihadapi, harapan itu seakan kian pudar.

Terbaru, hubungan tegang dalam Perikatan Nasional (PN) memasuki episod baru apabila UMN0 malam tadi mempertimbangkan untuk menarik diri daripada menyokong gabungan itu.

Sebaliknya parti itu memberi syarat baru kepada kerajaan PN bagi meneruskan kerjasama politik secara bertulis untuk dilaksanakan secepat mungkin.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung UMN0, Ahmad Maslan dalam sidang media selepas mesyuarat biro politik majlis tertinggi parti itu di Menara Dato Onn malam ini.

” UMN0 membuat pertimbangan untuk menarik diri dari menyokong Perikatan Nasional dan akan memberi syarat baru kepada kerajaan PN bagi meneruskan kerjasama politik secara perjanjian bertulis untuk dilaksanakan secepat mungkin.

” UMN0 akan mencadangkan kepada jawatankuasa pemandu Muafakat Nasional agar Muafakat Nasional didaftar dengan segera sebagai sebuah gabungan politik yang sah,” katanya.

PN merupakan ikatan longgar diterajui Bersatu yang mentadbir kerajaan persekutuan bersama-sama UMN0-BN, PAS dan dengan sokongan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Pemimpin UMN0 sebelum ini menyatakan rasa tidak puas hati terhadap Bersatu terutama apabila jawatan ketua menteri Sabah diserahkan kepada parti itu selepas pilihan raya negeri baru-baru ini.

Manakala MN pula merupakan gagasan kerjasama antara PAS dan UMN0 sebelum disertai Bersatu pada Ogos lalu.

Akan maklumkan kepada Muhyiddin esok

Ketika ditemui selepas itu, Ahmad berkata keputusan yang dicapai dalam mesyuarat malam ini telah dipersetujui sebulat suara oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMN0 di setiap negeri tanpa ada sebarang bantahan.

Katanya, UMN0 juga akan memaklumkan mengenai perkara itu kepada Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin, esok.

Tambahnya, UMN0  berpandangan bahawa kestabilan politik sangat penting dan pertumbuhan ekonomi mesti ditingkatkan

Oleh itu, katanya, sebarang keputusan yang UMN0 lakukan adalah untuk manfaat rakyat, agama, bangsa dan negara.

Adakah sebab sokong Anwar?

Diminta mengulas sama ada ketetapan UMN0 malam ini dibuat kerana parti itu mengambil pendirian untuk menyokong Presiden PKR, Anwar Ibrahim, beliau mengambil sikap berteka-teki.

” Ada saya cakap macam tu ke?” katanya ringkas.

Mesyuarat malam ini dipengerusikan Presiden UMN0, Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Sumber:MaIaysiakini




via 1 MIN READ

Post a Comment

0 Comments