” Tentulah saya teringin sangat pergi berjumpa sendiri dengan keluarga Allahyrham Surrya. Mereka orang baik.”
Itu kata-kata Mala (bukan nama sebenar), yang juga ibu kepada suspk kjdian pemb.v.n.u.han Siti Nur Surrya Ismail, 19, di rumahnya di Kampung Lubuk Batu, Hulu Terengganu, Ahad lalu.
Menurut Mala, sudah menjadi tanggungjawab dan kewajipannya untuk pohon kemaafan atas segala yang berlaku.
” Mereka tentunya terlalu sedih yang sukar digambar lebih daripada saya.
” Tapi buat masa sekarang urusan saya sekeluarga dengan pihak polis agak banyak dan saya akui berada dalam keadaan terkejut dan tertekan.
” Insya-Allah saya akan pergi (ziarah keluarga Allahyrham Siti Nur Surrya),” ujar Mala dalam nada yang sangat sayu.
Bapa Siti Nur Surrya sedia maafkan
Sementara itu, bapa Allahyrham, Ismail Muda, 58, terbuka untuk memaafkan keluarga remaja perempuan yang didkwa memb.v.n.u.h anaknya.
Menurutnya, tidak ada sesiapa yang inginkan kjdian seperti itu berlaku dan menyifatkan ia adalah ketentuan Allah walaupun perit untuk menerimanya.
” Kalau dia (keluarga suspk) datang kita terima, kita tak halau orang datang mintak maaf.
” Walau mrah dan kecewa sekali pun dengan perbuatan anaknya, saya tidak mampu untuk berbuat apa-apa kerana kjdian sudah berlaku,” katanya ditemui selepas menerima kunjungan rombongan Persatuan Penggerak Amal Terengganu (PATA) semalam.
Turut hadir Pengerusi PATA Sharifah Napsiah Tuan Ahmad dan timbalan pengerusinya, Abdul Hamid Mohd Salleh.
Ismail berkata, hingga kini tidak ada pihak yang datang menemui keluarganya untuk tujuan itu.
Menurutnya, pihaknya sentiasa menunggu kedatangan keluarga berkenaan untuk memohon maaf bagi pihak anak mereka.
Sementara itu, Abdul Hamid berkata, kunjungan PATA ke rumah keluarga berkenaan sebagai tanda simpati dengan kjdian yang menimpa keluarga berkenaan.
” Selain sokongan moral, kita juga memberi sumbangan wang tunai yang dikumpulkan daripada kalangan ahli dan diharapkan kehadiran kami dapat meringankan beban emosi yang ditanggung keluarga di atas apa yang berlaku,” katanya.
Ibu suspk kongsi perihal anaknya
Bercerita lanjut, Mala yang juga ibu kepada suspk berkata, kemiiskinan yang dilalui keluarganya itu menyebabkan anaknya terpaksa menolak beberapa tawaran melanjutkan pelajaran ke universiti kerana kekangan kewangan.
Bagaimanapun, jelas Mala, anaknya itu tidak pernah merngut tentang kekurangan yang diharungi mereka selama ini.
” Pernah juga sampai ke tahap terpaksa tangguh bayar duit yuran sekolah dia kerana tidak ada duit. Nak buat macam mana,” ujar Mala.
Kenyataan ibu suspk itu turut diakui jirannya yang hanya mahu dikenali sebagai Beri, 52.
” Dia (suspk) budak jenis jarang keluar rumah sebenarnya. Duduk di rumah saja kebiasaannya yang setakat saya taulah.
” Tak ada pula saya dengar dia pernah buat masalah apa. Tak sangka sungguh apa yang berlaku ini. Susah nak percaya,” katanya lagi.
Sehubungan itu, Beri memohon kepada orang ramai agar tidak memperkatakan sesuatu yang tidak sepatutnya mengenai suspk dan keluarga kerana ia tidaklah seperti yang digambarkan.
via 1 MIN READ
0 Comments