Pelajar cilik, Zyson Kang Zy Shun berjaya mengharumkan nama negara apabila merangkul tempat pertama dalam pertandingan Lunar Loo Challenge (Kategori bawah 11 tahun) yang dianjurkan oleh Pentadbiran Aeroangkasa dan Aeronautik Amerika Syarikat (NASA).
Murid tahun tiga dari SJK(C) Pin Hwa 1, Setia Alam, Selangor itu berjaya menarik hati panel hakim dari NASA dengan ciptaan beliau, Spacesuit Lunar Toilet sehingga menewaskan hampir 900 peserta lain dari seluruh dunia.
Ciptaan Zyson yang sesuai dengan ruang angkasa angkasawan, tidak memerlukan elektrik atau bateri sebaliknya hanya daya kinetik mekanikal.
Agong turut ucap tahniah
Sementara itu, kejayaan luar biasa tersebut mendapat perhatian ramai termasuk Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Baginda menzahirkan ucapan tahniah kepada si cilik itu atas kejayaan beliau memenangi tempat pertama dalam pertandingan Lunar Loo Challenge.
Cabaran Lunar Loo antarabangsa NASA diadakan bagi mencari reka bentuk baru untuk tandas yang akan berfungsi baik dalam gravitasi mikro dan gravitasi bulan untuk misi bulan berikutnya pada tahun 2024.
The post Agong ucap tahniah, anak Malaysia juara pertandingan NASA cipta tandas angkasawan first appeared on Wowberita.
via Wowberita
0 Comments