Terkini, Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz membentangkan Belanjawan 2021 di Bangunan Parlimen, hari ini.
Ia adalah Belanjawan pertama dibentangkan oleh kerajaan Perikatan Nasional selepas pertukaran kerajaan pada Mac lalu.
1) RM400 juta bagi membantu peneroka FELDA menghapus faedah hutang kebun peneroka dan program pembangunan peneroka bagi mendapatkan hasil baharu
2) Elaun sara hidup nelayan akan dinaikkan kepada RM300 sebulan daripada RM250
3) Kemudahan pengeluaran simpanan KWSP bersasar dari Akaun 1 sebanyak RM500/bulan untuk 12 bulan sehingga RM6,000 bagi ahli yang kehilangan pekerjaan
4) Kadar caruman KWSP pekerja dikurangkan kepada 9% dari 11% mulai Januari 2021 untuk tempoh 12 bulan
5) Kadar cukai pendapatan bagi individu bermastautin diturunkan sebanyak 1 mata peratusan bagi pendapatan bercukai RM50,001 hingga RM70,000
6) Kadar Bantuan Kanak-kanak Keluarga Miskin dinaikkan. Kadar baru: RM150 seorang anak berumur 7 ke 18 tahun; RM200 seorang anak berumur 6 tahun ke bawah; maksimum RM1,000 sekeluarga
7) Kadar Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja dinaikkan kepada RM300 dari RM250.
8) Kadar Bantuan Warga Emas, Penjagaan OKU dan Pesakit Kronik Terlantar dinaikkan kepada RM500 dari RM350.
9) Kadar Elaun Pekerja OKU dinaikkan kepada RM450 dari RM400.
10) Kerajaan memperuntukkan RM25 juta bagi rawatan Peritoneal Dialysis di rumah untuk pesakit buah pinggang.
11) Program Baucar 50 Perlindungan Tenang untuk golongan B40, termasuk takaful hayat dan kemalangan diri diperkenalkan
12) Tempoh pengecualian duti setem produk Perlindungan Tenang dilanjutkan untuk tempoh 5 tahun lagi
13) Kerajaan memperluas perlindungan mySalam ke atas tuntutan kos peranti perubatan seperti stent untuk jantung atau prostesis
14) RM24 juta diperuntukkan untuk pengukuhan Program Kesihatan Mental, Pencegahan Keganasan dan Kecederaan serta Penyalahgunaan Substans.
15) Skop pelepasan cukai diluaskan kepada RM1,000 bagi rawatan perubatan meliputi perbelanjaan vaksinasi bagi diri sendiri, pasangan dan anak.
16) Had pelepasan cukai bagi perbelanjaan rawatan perubatan diri, pasangan & anak juga dinaikkan kepada RM8,000 dari RM6,000
17) Kerajaan bersetuju melaksanakan pemberian one-off RM500 setiap seorang bagi menghargai jasa 100,000 anggota barisan hadapan KKM
Pembayaran BPN pusingan ketiga akan dilaksanakan
Kerajaan akan melaksanakan pusingan ketiga pembayaran Bantuan Prihatin Nasional (BPN).
18) Isi rumah dengan pendapatan bulanan RM2,500 dan ke bawah akan menerima RM1,000. Keluarga dengan lebih daripada dua anak akan menerima RM1,800.
19) Isi rumah dengan pendapatan antara RM2,501 dan RM4,000 akan menerima RM800 sementara keluarga dengan lebih daripada dua orang anak akan menerima RM1,200.
20) Isi rumah dengan pendapatan antara RM4,001 dan RM5,000 akan menerima RM500 sementara keluarga dengan lebih daripada dua anak akan menerima RM750.
21) Orang bujang dengan pendapatan kurang dari RM2,500 akan menerima RM350.
22) Had umur untuk menuntut jumlah ini telah dikurangkan menjadi 21, turun dari 40.
23) Kerajaan hari ini mengumumkan kemudahan pengeluaran simpanan KWSP daripada Akaun 1 secara bersasar sebanyak RM500 sebulan dengan jumlah sehingga RM6,000 untuk 12 bulan.
Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz berkta, pengeluaran itu adalah bagi membantu mereka yang kehilangan pekerjaan dan meringankan beban kewangan kepada 600,000 ahli yang terjejas.
Katanya, mengambil kira kedua-dua inisiatif i-Lestari serta kemudahan pengeluaran Akaun 1 ini, jumlah keseluruhan pengeluaran tunai adalah sehingga RM12,000.
” Diunjurkan keseluruhan bayaran bagi pengeluaran Akaun 1 akan melibatkan RM4 bilion ringgit. Ahli yang layak boleh memohon mulai Januari 2021,” katanya.
Selain itu, Zafrul berkata, kadar caruman minimum KWSP pekerja dikurangkan daripada 11 kepada sembilan peratus mulai Januari tahun depan untuk tempoh 12 bulan.
” Ini bagi meningkatkan pendapatan boleh guna atau take-home pay. Ini akan memanfaatkan pencarum KWSP dengan nilai inisiatif sehingga RM9.3 bilion.
” KWSP juga telah memperkenalkan kemudahan pengeluaran i-Lestari pada bulan April yang membenarkan ahli membuat pengeluaran sebanyak RM500 sebulan, selama 12 bulan dengan jumlah keseluruhan sehingga RM6,000.
” Skim ini telah memanfaatkan 4.7 juta ahli dengan nilai 11.6 bilion ringgit,” katanya.
via 1 MIN READ
0 Comments