Dah Masuk Lima Hari Tapi Keluarga Tak Sanggup Nak Cerita Hal Sebenar. Sesuatu Terjadi Kepada Ibu Arwh

” Memang isteri melihat jnzah arwh buat kali terakh1r sebelum dikebvm1kan tetapi disebabkan fktor ksihatannya, dia cepat lupa dan selalu bertanya di mana kakak (arwh).”

Itu kata-kata Ismail Muda, 58, yang memberitahu keadaan isterinya, Zaini Muda, 54, yang sebenarnya masih belum tahu kjdian sebenar mnimpa anak mereka.

Menurut Ismail, meskipun pemrgian Siti Nur Suryya Ismail, 19, sudah lima hari berlalu, namun keluarga mngsa masih tidak mampu menceritakan hal sebenar kepada ibunya.

Ini yang terjadi, ibu arwh kelihatan tercari-cari Allahyrham Siti Suryya

Beliau berkata, sehingga hari ini, isterinya sering kelihatan tercari-cari Allahyrham yang sentiasa berada di sampingnya sebelum ini.

Tambah Ismail, beliau memang tidak sanggup lagi hendak menceritakan kjdian sebenar mnimpa anaknya kepada isteri setiap kali ditanya ke mana Allahyrham.

” Jadi, setiap kali ditanya, saya akan beritahu kakak sudah meninggI di hspital sebab dmam pnas.

” Saya tidak sanggup cerita hal sebenar kerana keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan,” katanya ketika ditemui di kediaman keluarganya di Kampung Beladau Kepong di sini pagi tadi.

Sementara itu, Exco Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional, Hanafiah Mat berkata, kerajaan negeri bersedia memberi khidmat kaunseling kepada ahli keluarga tersebut agar tidak terlalu tertkan dengan trg3di terbabit.

” Selain itu, kami akan mempertimbangkan bentuk bantuan yang bersesuaian bagi meringankan beban keluarga terutama bantuan lmpin pkai buang untuk kegunaan Zaini,” katanya kepada pemberita.

Dalam pada itu, Ismail berkata, Siti Nur Suryya yang mesra dipanggil kakak adalah harapan tinggi keluarga untuk menjaga ibunya dengan sepenuh masa.

” Saya sanggup hilang harta daripada kehilangannya, kalau nywa boleh dbeli, saya sanggup berhabis harta untuk mendapatkan semula,” kata Ismail.

Katanya, adik-beradik arwh yang lain sudah berkeluarga menyebabkan masa untuk menjaga ibunya agak terhad.

Menurutnya, Siti Nur Suryya juga menjaga ibunya dengan teliti dan setiap perkara yang dilakukan mengikut jadual waktu.

” Dia akan bagi ibunya makan, mandi, tukar lampin mengikut jadual waktu, malah dia tahu bagaimana untuk membuatkan ibunya tidak bosan walaupun terIntar atas katil.

” Dia tahu keadaan ibunya bagaimana dan melakukannya dengan penuh sabar. Saya percaya tidak semua orang boleh lakukan seperti yang dia buat,”

Menurut Ismail, ketiadaan Siti Nur Suryya menyebabkan dia buntu untuk mencari seseorang bagi menguruskan isterinya.

” Saya akan menggajikan seorang pembantu untuk menjaganya tetapi perlu buat keputusan betul dan boleh dipercayai.

” Bukannya saya perlukan seseorang yang sama sebagaimana arwh anak jaga tetapi sekurang-kurangnya ada yang mampu menjaganya,” katanya.

Ismail berkata, selepas kjdian mny4yat hati men1mpa Siti Nur Suryya, dia mengambil keputusan untuk berpindah dan tinggal di rumah keluarganya di Kampung Beladau Kepong.

” Di sini, ramai saudara dan adik-beradik tinggal berjiran dan senang meminta bantuan apabila perlu,” katanya.

 




via 1 MIN READ

Post a Comment

0 Comments