PENAHANAN dan pendakwaan dibuat ke atas seorang aktivis pelajar membuktikan wujud keperluan mendesak bagi penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis (IPCMC) untuk melindungi rakyat daripada salah guna kuasa polis, kata wakil rakyat DAP, hari ini.
Ahli Parlimen Beruas Ngeh Koo Ham juga menggesa polis untuk mengugurkan kes ke atas Wong Yang Ke, yang didakwa semalam kerana tidak mematuhi arahan polis supaya berhenti merakam serbuan dibuat mereka.
Bekas presiden Persatuan Pemuda Baharu Universiti Malaya (Umany) itu merakamkan serbuan dibuat polis dan menyiarkannya secara langsung di Facebook pada 7 November lepas.
“Merakaman (menyiarkan) secara langsung sebuah acara di Facebook bukanlah satu kesalahan di bawah mana-mana undang di Malaysia,” kata Ngeh, yang juga menggesa tindakan displin ke atas pegawai polis yang menafikan hak Wong untuk merekodkan serbuan itu.
“Seorang warga berhak untuk (melakukan) pembelaan persendirian ke atas mana-nama kesalahan yang dibimbanginya dibuat seorang pegawai polis. Arahan pegawai polis menghendaki Wong menghentikan rakaman adalah salah guna kuasa.”
Ngeh berkata rakaman itu adalah bukti penting ketika jenayah dibuat, menambah yang tindakan pegawai polis ke atas Wong sehingga menyebabkan pendakwaan di mahkamah menunjukkan keangkuhan polis, sikap berdendam dan salah guna kuasa.
“Hakikatnya yang Suruhnjaya Pasukan Polis, badan tertinggi dalam pasukan polis membenarkan Wong untuk didakwa di mahkamah menunjukkan kita tidak mempercayai polis untuk melakukan kawalan kendiri,” kata Ngeh.
Beliau juga menyifatkan cadangan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Bebas Tingkah Laku Polis (IPCC)) 2020 untuk menggantikan IPCMC sebagai “langsung tidak boleh diterima”.
“IPCC tidak ada kuasa kerana ia merujuk semua isu tata tertib polis kembali kepada pasukan polis. IPCC adalah versi sangat longgar IPCMC.” – 14 November, 2020.
The post DAP desak gugurkan dakwaan ke atas Wong Yan Ke first appeared on Wowberita.
via Wowberita
0 Comments