Semua mata tertumpu kepada pembentangan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat petang semalam.
Rata-rata rakyat dari pelbagai bidang dan latar belakang ingin mengetahui apakah manfaat yang bakal mereka perolehi dari Belanjawan tersebut.
Pastinya tumpuan terarah kepada individu yang diberi tanggungjawab untuk membuat pembentangan yang sememangnya ditunggu-tunggu pada setiap tahun.
Personaliti Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz amat terserlah ketika membentangkan Belanjawan 2021.
Pecah tradisi bawa beg sampul warna kelabu
Beliau bukan sahaja memecah tradisi membawa beg sampul kelabu berbanding beg bimbit hitam yang biasa dibawa Menteri Kewangan sebelum ini.
Beg Kelabu yang dibawa Tengku Zafrul menjadi tumpuan warganet. Dalam salah satu cuitan, ada warganet yang mengatakan beg yang dibawa oleh Menteri Kewangan sebagai beg keramat.
Tahun ini, beg kelabu yang dibawa Tengku Zafrul turut diperkatakan. Hal ini kerana ia dilihat bersaiz sedikit kecil dari tahun tahun sebelumnya.
” Variasi beg keramat berisi teks ucapan belanjawan tahunan. Dari tradisi beg bimbit hitam kepada beg sampul. Mana satu menjadi pilihan?” cuit seorang pengguna Twitter.
Meski demikian misteri beg kelabu Tengku Zafrul terjawab apabila beliau sebenarnya hanya membawa tablet berbanding teks yang selalu diisi dalam beg bimbit berwarna hitam.
Malah, Tengku Zafrul yang hampir lapan bulan berkhidmat sebagai menteri dilihat membacakan ucapan daripada peranti elektronik selain, minum daripada ‘tumbler’
Berdasarkan pemerhatian Penganalisis Fesyen, Prof Dr Zuhaili Akmal Ismail, baju Melayu cekak musang rona ‘baby blue’ dipakai Tengku Zafrul diterjemahkan sebagai penampilan yang tenang.
Berapa harga jam tangan Gshock Tengku Zafrul?
Malah, beliau juga mungkin mengenakan jam tangan Gshock model GA-2100 berona Solid Black yang berharga tidak sampai RM500.
” Penggunaan ‘tumbler’ pula menjadi sesuatu yang baharu dan praktikal.
” Tengku Zafrul bijak mengenakan set pakaian dan aksesori yang bukan sahaja tampak santai, tetapi mencerminkan kefahaman beliau terhadap situasi rakyat yang menantikan ‘buah tangan istimewa’ dalam persekitaran mencabar susulan Covid-19.
” Kita tahu, beliau yang mempunyai latar belakang kerjaya baik dalam sektor korporat, dan boleh sahaja mengenakan sesuatu yang mahal dan bernilai tinggi tetapi beliau tidak kelihatan begitu, hari ini,” katanya.
Penganalisis fesyen antarabangsa itu berkata, Tengku Zafrul juga dilihat kemas dan sentiasa memastikan lengan baju Melayu dipakainya terletak rapi kerana kebiasaannya ia mudah renyuk.
Dalam pada itu, Tengku Zafrul ketika membentangkan Belanjawan 2021 memaklumkan beliau mengenakan sampin daripada tenunan Pahang Diraja yang dihasilkan penghuni Penjara Penor, Pahang.
Berikutan itu, katanya, kerajaan memperuntukkan RM20 juta kepada Jabatan Penjara Malaysia bagi melaksanakan Program Pembangunan Insan, antaranya memberikan kemahiran vokasional kepada banduan.
Khairy Jamaluddin tonton belanjawan sambil makan popcorn
Sementara itu gaya beberapa menteri yang mengikuti rapat pembentangan Belanjawan 2021 dari pejabat macam tengah menonton wayang!
Sambil tekun mendengar, sambil makan popcorn, begitu cara Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Khairy Jamaluddin mengikuti pembentangan Belanjawan 2021.
via 1 MIN READ
0 Comments