Motosikal terbabas langgar lopak air, pemuda maut digilis treler

KUALA LUMPUR – Penunggang motosikal maut selepas diseret kira-kira satu kilometer dalam kemalangan di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran Taman Layang-Layang, Batu Caves, di sini, hari ini.

Dalam kejadian 1 tengah hari, mangsa Wong Chun Hung, 20, yang menunggang motosikal jenis MZ Motorrad disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Zulkifly Yahya berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku apabila mangsa yang berada di lorong kiri melanggar lopak air.

“Mangsa kemudian terbabas sebelum terjatuh ke lorong tengah jalan dan dilanggar sebuah lori.

“Akibat itu, mangsa tersepit di bawah lori terbabit dan meninggal dunia di lokasi,” katanya ketika dihubungi, di sini.

Zulkifly berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

The post Motosikal terbabas langgar lopak air, pemuda maut digilis treler first appeared on Wowberita.



via Wowberita

Post a Comment

0 Comments