GEORGETOWN – Polis sedang mengesan seorang lelaki yang dipercayai pesakit COVID-19 melarikan diri dari Hospital Pulau Pinang (HPP) di sini hari ini.
Sumber polis berkata lelaki warga tempatan berusia 23 tahun yang berasal dari Kepala Batas itu sedang menjalani rawatan di HPP sebelum dikesan tiada di katilnya pada jam 3.20 petang tadi.
“Lelaki itu yang memakai baju dan seluar berwarna putih meninggalkan gelang pengawasan berwarna merah jambu di atas katilnya,” kata beliau kepada Bernama hari ini.
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Sahabudin Abd Manan ketika dihubungi Bernama, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan pihaknya kini giat mengesan lelaki berkenaan.
Kanak-kanak 8 tahun antara tiga kematian dilaporkan hari ini
Kementeri Kesihatan Malaysia melalui kenyataan media mengenai perkembangan terkini COVID-19 dalam negara memaklumkan tiga kematian dilaporkan hari ini.
Dengan kematian terbaru yang dicatatkan, jumlah keseluruhan angka korban kini meningkat kepada 309 kes atau 0.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes COVID-19.
Perincian mangsa korban adalah seperti berikut:
KKM mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat.
The post Pesakit COVID-19 lari dari Hospital Pulau Pinang first appeared on Wowberita.
via Wowberita
0 Comments