Posmen maut kemalangan masa kerja, isteri tunggu masa bersalin anak pertama

Sejak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan, golongan yang bekerja dalam bidang perkhidmatan khususnya seperti posmen, masih lagi meneruskan tugas seperti biasa.

Bagaimanapun, malang buat seorang posmen ini apabila dia terbabit dalam kemalangan jalan raya ketika sedang menjalankan tugasnya mengambil dan menghantar barang pelanggan.

Menerusi perkongsian yang dibuat di Facebook Bandar Baru Bangi Online Community, mangsa dikenali sebagai Muhammad Radzi yang bertugas di POSLaju Bandar Baru Bangi.

Difahamkan, mangsa yang menaiki motosikal telah terkorban dalam kemalangan tersebut dengan barangan yang sepatutnya dihantar arwah bersepah di tengah jalan.

Menerusi salah satu komen, dikatakan isteri mangsa Nur Azura Abdullah kini sedang sarat hamil dan hanya menanti masa untuk bersalin anak pertama mereka.

Sementara itu di ruangan komen, netizen memenuhi ucapan takziah dan berdoa agar arwah ditempakan dalam kalangan hamba Allah SWT yang beriman.

Semoga ahli keluarga mangsa tabah dan sabar meneriman berita kehilangan ini serta diharapkan segala urusan mereka dipermudahkan.

The post Posmen maut kemalangan masa kerja, isteri tunggu masa bersalin anak pertama first appeared on Wowberita.



via Wowberita

Post a Comment

0 Comments