Wee Meng Chee atau Namewee cetus kontroversi lagi. Kali ini melibatkan poster poster filem terbaharunya bertajuk ‘Babi’.
Poster itu dimuat naik di Facebook miliknya pada 18 November lalu yang memaparkan seorang lelaki sedang membuang sambil melihat dinding tandas yang diconteng.
Pada dinding tandas itu ditulis perkataan ‘BABI’. Disebelah perkataan Babi terdapat perkataan Melayu B. Sementara perkataan ‘India Kel’ pula dicontong pada tangki air tandas.
Poster tersebut mencetuskan perasaan marah pada segelintir pihak termasuk Pemuda Perikatan Naisonal (PN) Parlimen Titiwangsa yang telah membuat laporan polis hari ini.
Menurut ketua penerangannya, Zuan Azmi, langkah itu perlu disegerakan berikutan tindakan biadab Namewee memuat naik poster filem bertajuk ‘Babi’ didakwa menghina orang Melayu di negara ini.
“Saya minta pihak polis mungkin boleh iringi dia dari luar negara, sekarang dia berada di Taiwan, kalau asyik duduk di sana, tak balik sini, tak bersemuka dengan kita, tidak bersemuka dengan orang Malaysia yang dia buat provokasi dan hinaan, macam mana kes ini nak selesai.
“Jadi saya minta PDRM agar buat tindakan ini (ekstradisi), ambil dia di Taiwan, selesai kes dan tolong siasat dia,” katanya pada sidang media selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, hari ini.
Filem Babi telah disenarai pendek dalam Festival Filem Antarabangsa dan Festival Filem Thailand.
The post Poster filem baharu Namewee cetus kontroversi first appeared on Wowberita.
via Wowberita
0 Comments