KOTA BHARU – Seorang remaja ditemui lemas selepas dipercayai tergelincir ke dalam tali air di Kampung Pasir Kasar, Sering, di sini, pagi tadi.
Mangsa, Muhamad Alif Asyraf Parudin, 13, dikatakan sedang berjalan bersama dua lagi rakannya sebelum tergelincir dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pengkalan Chepa, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Fakri Mazlan, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 10.08 pagi.
“Setiba di lokasi kejadian, anggota membuat pencarian di kawasan yang mangsa dilaporkan terjatuh.
“Selepas 15 minit operasi mencari dijalankan, mangsa berjaya ditemui di dasar sungai sedalam dua meter pada jam 10.43 pagi,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.
Beliau berkata, mayat kemudian diserahkan kepada pihak polis dan dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini, untuk proses bedah siasat.
The post Remaja lemas dipercayai tergelincir ke dalam tali air first appeared on Wowberita.
via Wowberita
0 Comments