Bagi segelintir pemandu, tidak dinafikan pasti mengalami perasaan bimbang apabila melalui sekatan jalan raya (SJR) kerana takut ditahan atau disoal oleh anggota polis.
Bagaimanapun berbeza pula dengan apa dilalui wanita ini, Dr Farzana Abdullah kerana ‘terserempak’ dengan suaminya yang juga seorang anggota polis yang sedang bertugas menjaga SJR.
Doktor perubatan itu sempat merakam aksi suaminya Mohd Haniff yang memberikan simbol hati dengan kedua-dua belah tangannya sebelum dikongsi di laman Facebook.
“Abang polis bagi heart la kat kita hahaha auchh haha macam ni la bila wife doctor husband polis. Bertembung tepi jalan macam ni je la haha.
“Take care my husband. Jangan marah na kita main phone sekejap je ni nak rakam. Jarang2 boleh rakam moment ni haha,” tulisnya.
Menurut laporan mStar Online, Dr Farzana berkata ketika itu dia dalam perjalanan pulang ke rumah di Kulim dari tempat kerja di Klinik Kesihatan Seberang Jaya.
“Suami tak tahu saya nak lalu dan saya pun tak tahu yang suami saya kerja roadblock hari tu. Sebab tugasnya berubah-ubah, sekejap ronda motor atau MPV, sekejap jaga balai. Jadi tak sangka jumpa dia,” katanya.
Doktor berusia 29 tahun itu berkata, itu adalah kali pertama dia berjumpa suaminya sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Selain itu, Dr Farzana menjelaskan dia tidak bermain telefon bimbit ketika memandu malah tiada niat menularkan video tersebut sebaliknya hanya berkongsi sebagai kenangan.
“Ada terbaca komen-komen yang kurang OK, cakap polis tak saman pula main telefon. Saya harap salah faham itu dapat dirungkaikan,” kata ibu kepada dua cahaya mata ini.
Tambahnya, dia mengakui berdepan pelbagai cabaran terutama untuk meluangkan masa bersama keluarga apatah lagi memiliki pasangan yang juga petugas barisan hadapan.
The post Suami sendiri bertugas jaga 'roadblock', doktor teruja siap dapat 'love' first appeared on Wowberita.
via Wowberita
0 Comments