Hafiz Mahamad imamkan sendiri jenazah sahabat, turun hingga ke liang lahad

Nama usahawan muda, Hafiz Mahamad mungkin tidak perlu diperkenalkan lagi selepas banyak kisah kejayaannya menjadi inspirasi kepada ramai anak muda.

Sebelum ini, Hafiz ada memuat naik satu video menunjukkan beliau bergegas ke Kelantan untuk melawat sahabat baiknya yang jatuh sakit.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)

Namun kini dikhabarkan sahabatnya yang bernama Loh telah menghembuskan nafas terakhir pada Subuh 22 Disember.

Disebabkan itu, Hafiz sekali lagi telah bergegas ke Kelantan bagi melawat jenazah sabahat baiknya itu dan seperti biasa Hafiz turut kongsikan video perjalanannya ke sana.

Menurut bapa kepada seorang cahaya mata itu, beliau berasa bersyukur kerana dapat menjadi imam ketika solat jenazah diadakan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)

Dalam masa yang sama, Hafiz turut tidak menyangka bahawa van jenazah yang pernah diwakafkan olehnya untuk kegunaan masjid kampungnya itu telah menjadi kenderaan terakhir buat sahabat baiknya itu.

“Ada hikmah sebelum ni saya ada wakafkan van jenazah di masjid kampung saya. Harini, saya gunakan van tu untuk bawa sendiri jenazah sahabat saya Loh,” katanya.

Ramai netizen turut merasai kesedihan yang dialami oleh Hafiz dalam masa yang sama mendoakan Allahyarham di sana.

Semoga Hafiz terus kuat menjalani hidup tanpa sahabat baiknya dan dapat terus membantu mereka yang memerlukan.

The post Hafiz Mahamad imamkan sendiri jenazah sahabat, turun hingga ke liang lahad first appeared on Wowberita.



via Wowberita

Post a Comment

0 Comments