Dapat duit i-Sinar, 6 beradik sepakat beli gelang emas buat ibu tercinta

Tular di media sosial, video seorang wanita, Norsilawati Mohamad dan lima adik beradiknya berkongsi wang i-Sinar masing-masing untuk membeli barang kemas baharu untuk dihadiahkan keapda ibu tersayang.

Selepas menerima wang tersebut Norsilawati dan beberapa adik-beradiknya bergegas ke kedai emas dan membuat kejutan kepada ibu mereka dengan memberikan seuntai gelang emas bersaiz besar.

Dapat dilihat ibu mereka itu menitiskan air mata kegembiraan apabila menerima hadiah yng tidak disangka-sangka daripada anak-anaknya.

Tambah Norsilawati lagi, senyuman dan tangisan kegembiraan ibu adalah satu kebahagian buat mereka kerana paling tidaknya dapat menyenangkan hati insan tersayang menggunakan duit daripada I-Sinar itu.

Beirkutan itu, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan menyatakan rasa terharu diatas kejutan yang dilakukan oleh pengguna Tiktok itu kepada ibunya.

Mereka juga sempat menitipkan pesan supaya terus menggembirakan hati ibu tersayang semasa insan itu masih lagi ada bersama keluarga.

The post Dapat duit i-Sinar, 6 beradik sepakat beli gelang emas buat ibu tercinta first appeared on Wowberita.

via Wowberita

Post a Comment

0 Comments