SEORANG remaja, Hakimi dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari perahu ketika sedang membantu mangsa banjir di Kampung Manjor, Kuala Krai, malam tadi.
Menurut sumber, mangsa yang keletihan selepas seharian membantu penduduk kampung yang terjejas, tiba-tiba pengsan lalu terjatuh ke dalam air.
“Ketika itu mangsa duduk paling belakang membawa dua orang mangsa banjir untuk berpindah ke tempat yang selamat.
“Mangsa yang sudah kehabisan tenaga tiba-tiba pengsan lalu jatuh ke dalam air,” kata Raja Asyraff Raja Razali.
Sejurus kemudian, penduduk kampung telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut dan satu operasi telah dimulakan untuk mencari mayat mangsa.
The post Remaja bantu mangsa banjir dipercayai lemas jatuh perahu first appeared on Wowberita.via Wowberita
0 Comments