Sudah hampir dua minggu sejak tragedi pesawat Sriwijaya Air Boeing 737-500 dilaporkan terhempas di kawasan perairan di Kepulauan Seribu.
Namun, malam tadi tragedi tersebut kembali menjadi bualan netizen di media sosial.
Seorang pengguna Instagram, Dita Marisa telah melaporkan pada Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) Indonesia yang dia telah mengesan signal #SOS menerusi aplikasi Google Earth.
Pada mulanya signal tersebut bertulis ‘Tolongin kita’ sebelum berubah menjadi SOS (Save Our Soul atau Selamatkan Kami).
Menerusi link di Google Earth tersebut, ia membawa kepada sebuah lokasi di Pulau Laki, iaitu pulau yang terdekat dengan tempat pesawat Sriwijaya Air terhempas.
Bahkan ada juga pengguna TikTok yang berkongsi video pencariannya di Google Earth untuk tengok sama ada betul ke tak terdapat tulisan SOS seperti yang didakwa. Ternyata hasilnya juga sama.
#pulaulaki #sos pic.twitter.com/GwbtNepXog
— GILANG (@GILANG18718457) January 19, 2021
Dengan penemuan ini, ada netizen yang mula buat andaian mungkin ada orang yang terselamat dan menghantar signal tersebut. Tapi, ada juga yang bimbang itu hanyalah sekadar prank yang dibuat oleh individu tidak bertanggungjawab. Namun, setakat ini belum ada yang benar-benar pasti sama ada isyarat ini boleh diedit dan diubah sesuka hati ataupun tidak.
Rata-rata netizen mengharapkan agar ada pihak yang boleh mengesahkan hal tersebut dan menghantar team pencarian ke lokasi berkenaan.
Mereka juga berharap ia bukanlah gurauan yang dibuat oleh mana-mana pihak terhadap musibah yang berlaku.
“Mungkin ada penumpang yang terdampar dan masih hidup, berharap semoga ada tindakan pencarian lagi.”
“Mudah-mudahan memang betul ada yang selamat. Kalau ada yang jadikan ini bahan gurauan, tolong beri pengajaran.”
“Kita harap memang ada keajaiban dan tak ada orang yang sanggup mempermainkan perkara seperti ini”
Kalau betul ada orang yang terselamat, sama-sama kita doakan supaya dia dilindungi dan dapat ditemui oleh pasukan penyelamat dengan segera.
Tapi kalau ini adalah perbuatan individu tak bertanggungjawab, dia memang tak ada hati perut sebab jadikan benda serius yang melibatkan perasaan keluarga macam ni sebagai bahan gurauan.
Kredit: Instagram Mana Berita, Twitter
The post Signal SOS dikesan di Pulau Laki, berhampiran lokasi nahas pesawat Sriwijaya Air first appeared on Wowberita.via Wowberita
0 Comments