Kepingan Kapal Ditemui, KRI-Nanggala 402 Disahkan Tenggelam Pada Kedalaman 850 Meter

KRI-Nanggala 402 mulai hilang dari radar sejak 21 April lalu, kapal selam dari Indonesia ini nampaknya telah menjadi perhatian dunia selepas tidak menerima sebarang signal daripada pihak kapal.

Kehilangan kapal ini secara tidak langsung turut mendor0ng beberapa negara seperti Malaysia, Australia dan Amerika Syarikat bergabung tenaga dalam mencari kapal selam ini. Lebih membuatkan orang ramai risau, kapal KRI-Nanggala ini dilap0rkan cuma mempunyai bekalan oksigen setakat hari ini sahaja.

Terbaharu, menerusi lap0ran daripada Times Indonesia, Panglima Tentera Negara Indonesia Marsekal Hadi Tjahjanto mengesahkan KRI-Nanggala 402 disahkan tenggelam. Terdapatnya tumpahan minyak dan serpihan kepingan antara yang menjadi bukti kukuh tenggelamnya kapal KRI-Nanggala 402.

Kapal selam ini dilap0rkan berada pada paras 850 meter dalam laut di mana status individu yang berada dalam kapal masih belum dapat disahkan. Usaha untuk menaikkan semula kapal selam KRI-Nanggala 402 ini masih lagi diusahakan.

Untuk pengetahuan, kapal selam buatan Jerman berusia 42 tahun ini mulai terpu tus hubungan pada 4.25 pagi Rabu sejak memaklumkan keizinan untuk menyelam dan sejak daripada itu tiada lagi perkhabaran diterima daripada pihak kapal.

Didoakan semoga urusan pencarian kapal selam KRI-Nanggala 402 serta 53 anak kapal dipermudahkan dalam waktu yang getir ini. – Sumber dipetik dari The v0cket, Twitter

 

Jangan lupa like, komen dan share ya. Terima Kasih!! Facebook @Mytv Viral



Sumber : Kepingan Kapal Ditemui, KRI-Nanggala 402 Disahkan Tenggelam Pada Kedalaman 850 Meter

Post a Comment

0 Comments