Pastinya ramai yang tertanya-tanya bilakah tarikh bayaran bagi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Fasa kedua akan dibuat setelah bayaran fasa pertama dikreditkan secara berperingkat bermula pada 24 Februari lalu.
Menurut kenyataan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Kementerian Kewangan Malaysia, bayaran bagi fasa kedua BPR akan mula dikreditkan pada awal Mei 2021.
Untuk makluman, baki bayaran bagi fasa kedua ini akan dibuat mengikut kategori seperti Bujang, Pendapatan Isi Rumah dan bilangan anak bagi setiap ahli keluarga.
Untuk makluman, penerima bayaran BPR fasa pertama telah menerima jumlah bayaran seperti berikut.
- Kategori Isi Rumah – RM300
- Kategori Bujang – RM150
Namun, bagi yang masih belum menerima sebarang bayaran pada fasa pertama BPR, pemoh0n digalakkan membuat semakan status secara online atau terus ke kaunter LHDN yang berhampiran.
Semakan Status Permoh0nan BPR Fasa 2
Semakan Status permohonan BPR 2021 boleh dibuat seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi BPR LHDNM bpr.hasil.gov.my
- Login menggunakan ID dan kata laluan yang telah didaftarkan
- Tekan butang Semak Status
- Status bayaran / permoh0nan akan dipaparkan.
Selain itu, pemoh0n BSH 2020 dan BPN 2.0 yang lulus, TIDAK PERLU mengemas kini permoh0nan BPR sekiranya tiada sebarang perubahan atau penambahan maklumat. – Sumber dipetik dari Xtra, LHDN
Jangan lupa like, komen dan share ya. Terima Kasih!! Facebook @Mytv Viral
Sumber : Tarikh Bayaran BPR Fasa 2, Semak Jumlah Baki Mengikut Kategori
0 Comments