Hasrat jumpa ibu tersayang tidak kesampaian, pelajar IPTA maut kemalangan

HASRAT seorang pelajar IPTA untuk berjumpa ibu tersayang tidak kesampaian apabila dia maut selepas terlibat dalam kemalangan di Tanjong Nibong, Sekichan, Sabtu lalu.

Dalam kejadian itu, mangsa Azreen Ali, 22, yang juga pelajar UiTM Permatang Pauh, Pulau Pinang maut ditempat kejadian selepas motosikal yang ditungganginya berlanggar dengan sebuah lori.

Menurut kakak mangsa Rabiatul Adawiyah, arwah mendapat pelepasan dari pihak universiti untuk pulang ke kampung dan mereka sudah beberapa bulan tidak bertemu kerana kekangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Arwah dapat pelepasan merentas negeri menggunakan surat dari IPTA. Selepas lebih kurang 20 minit melalui sekatan jalanraya (SJR) yang ketiga, beliau kemalangan dan meninggal di tempat kejadian.

“Pada mulanya, anggota polis yang bertugas di SJR ketiga itu bercadang nak suruh arwah patah balik sebab tiada surat polis, tapi sebab arwah kata dia dah pergi balai di Pulau Pinag dan diberitahu cukup sekadar surat dari universiti.

“Arwah merayu untuk dilepaskan sebab nak balik jumpa ibu kerana terlalu rindu. Anggota polis tu kata dia tandatangan surat universiti supaya SJR yang seterusnya tiada isu.

“Tidak lama kemudian, anggota polis itu diberitahu oleh pegawainya mengenai kejadian yang menimpa arwah,” katanya sebak.

Rabiatul Adawiyah berkata, dia redha dengan pemergian adiknya walaupun sukar untuk menerima kejadian itu.

“Sudah lima bulan kami tidak berjumpa, tiba-tiba kami jumpa Acam yang terbujur kaku. Kami memang nak jumpa Acam sangat-sangat tapi bukan dalam keadaan macam ini.

“Acam, kami semua rinfu Acam sangat-sangat,” katanya.

The post Hasrat jumpa ibu tersayang tidak kesampaian, pelajar IPTA maut kemalangan first appeared on Wowberita.

via Wowberita

Post a Comment

0 Comments