Pelajar dibuang sekolah kerana gelar Palestin ‘babi’ di Tiktok

SEORANG pelajar sekolah menengah di Bengkulu dibuang sekolah selepas memuat naik video dirinya menghina isu Palestin sehingga tular dalam media sosial.

Lapor Kompas.com, hasil perbincangan Ketua Pendidikan Benteng, Adang Parlindungan dengan pihak sekolah memutuskan tindakan itu diambil.

“Keputusan itu diambil kerana pihak sekolah sudah merekodkan data kesalahan tatatertib pelaku yang melanggar peraturan. Malah, data itu sudah melebihi daripada had kesalahan yang dilakukan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Bengkulu Tengah, Ary Baroto berkata, kes pelajar itu dianggap sudah selesai kerana hasil pertemuan yang dijalankan, pihaknya berjaya menemui jalan tengah dan murid itu sudah dimaafkan.

“Kami sudah menyelesaikan kes ini dengan keadilan sewajarnya kerana tidak semestinya setiap masalah perlu dihadapkan dengan undang-undang,” jelasnya.

Hasil pertemuan melibatkan penjaga, pihak sekolah dan tokoh masyarakat, pelajar itu membuat permohonan maaf serta menyesal dengan perbuatannya.

“Saya minta maaf atas perbuatan sendiri kepada seluruh penduduk Palestin dan Indonesia,” katanya.

The post Pelajar dibuang sekolah kerana gelar Palestin ‘babi’ di Tiktok first appeared on Wowberita.

via Wowberita

Post a Comment

0 Comments