Khas buat golongan belia dan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia, anda layak untuk menerima bantuan kredit eWallet menerusi Program eBelia RM150 melalui Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA).
Kerajaan memperuntukkan bantuan sebanyak RM300 juta untuk 2 juta belia warganegara Malaysia yang layak.
Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul dalam kenyataan rasminya di Facebook memaklumkan permoh0nan akan mula dibuka mulai 1 Jun 2021.
Setiap belia/pelajar IPT yang layak akan mendapat RM150 e-kredit dari penyedia perkhidmatan e-tunai iaitu BigPay, Boost, Shopee atau Touch ‘n Go eWallet, yang juga akan menawarkan insentif tambahan berdasarkan kempen masing-masing.
Menerusi PEMERKASA, bantuan e-wallet merupakan insentif untuk kerajaan mengalakkan perbelanjaan tanpa tunai dan membantu meringankan beban kewangan belia. – Sumber dipetik dari Xtra, Facebook Kementerian Kewangan
Jangan lupa like, komen dan share ya. Terima Kasih!! Facebook @Mytv Viral
Sumber : Program eBelia: Semakan Dan Penebusan RM150 E-Wallet Bermula Jun Ini
0 Comments