Tangan kanak-kanak 10 tahun hancur tersepit mesin tebu

JASIN – Tangan kiri seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 hancur selepas tersepit di dalam mesin tebu dipercayai ketika membantu ayahnya berniaga di bazar Ramadan di Taman Serkam Jaya, di sini, hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 7.45 malam itu, tangan kanak-kanak tersebut parah sehingga ke pergelangan tangan dan berjaya dikeluarkan dengan bantuan pasukan bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat Merlimau.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Merlimau, Penolong Penguasa Bomba Mohamad Faisal Fuad berkata, panggilan kecemasan di terima pada pukul 7.49 malam dan sepasukan tujuh anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Pasukan bomba tiba lapan minit kemudian dan mendapati seorang kanak-kanak lelaki sedang menahan kesakitan dengan keadaan tangan kirinya tersepit di dalam mesin tebu.

“Unit bantuan berjaya mengeluarkan tangan mangsa dalam masa 10 minit menggunakan peralatan khas untuk membuka mesin berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, pihaknya dimaklumkan bahawa insiden malang itu berlaku ketika kanak-kanak tersebut ingin membantu ayahnya memesin tebu untuk jualan di bazar Ramadan. -K! ONLINE

The post Tangan kanak-kanak 10 tahun hancur tersepit mesin tebu first appeared on Wowberita.

via Wowberita

Post a Comment

0 Comments