Sebut sahaja McDonald’s pasti ramai yang mengetahui dari pelbagai peringkat umur. Begitu juga dengan kumpulan K-Pop yang menjadi fen0mena di negara kita dan ada peminat yang tersendiri.
Akhirnya saat yang dinantikan oleh peminat K-Pop telah tiba apabila menu ‘The BTS Meal’ mulai dijual di kesemua cawangan McDonald’s. Baru sahaja menu tersebut dijual pada jam 10 pagi tadi, rata-rata peminat sudah membanjiri McDonald’s terdekat untuk membelinya.
Bukan itu sahaja, laman sesawang McDonald’s juga dikhabarkan sedang mengalami masalah teknikal disebabkan terlalu ramai yang menggunakan laman sesawang tersebut untuk membeli secara penghantaran.
Rata-rata peminat yang berjaya mendapatkan ‘The BTS Meal’ ini sudah berk0ngsikan kegembiraan mereka di media sosial. Para peminat cukup teruja kerana dapat membeli menu tersebut dan akan menyimpan kotak makanan tersebut sebagai ‘merchandise’.
Bagi anda yang tidak tahu, ‘The BTS Meal’ ini hadir dengan 10 keping McNugget, kentang goreng bersaiz sederhana, air minuman serta disertakan dengan dua pilihan sos istimewa, sweet chili dan chajun yang diilhamkan daripada McDonald’s Korea Selatan.
Para peminat BTS di luar sana yang belum berkesempatan untuk mendapatkan ‘The BTS Meal’ ini bolehlah dapatkan segera sebelum ia habis terjual. Tunggu apa lagi? – Sumber dipetik dari The v0cket, Twitter
Jangan lupa like, komen dan share ya. Terima Kasih!! Facebook @Mytv Viral
Sumber : ‘The BTS Meal’ Sudah Mula Dijual, Ramai Yang Tidak Melepaskan Peluang
0 Comments