Lemur kembar spesis berekor merah dilahirkan di Zoo Singapura

SINGAPURA: Sepasang kembar lemur daripada spesies berekor merah dilahirkan di zoo Singapura, kata pegawai, sambil menyifatkan kelahiran kembar jarang berlaku terhadap spesies terancam yang bermata sepet itu.

Ia adalah kelahiran pertama membabitkan binatang terancam itu sejak lebih sedekad di zoo berkenaan, yang dikatakan hidup dan berasal dari Madagascar, kata Pegawai Pemuliharaan Hidupan Liar Singapura.

"Kembar baharu ini yang belum dinamakan 'begitu istimewa' berikutan haiwan itu hanya membiak setahun sekali," katanya.

Spesies lemur berbulu perang, mempunyai wajah, tangan, kaki dan ekor berwarna hitam, selain memiliki tanda tompok unik di kepalanya.

Spesies terakhir yang dilahirkan di zoo berkenaan adalah bapa kepada kembar itu, iaitu Bosco kira-kira 11 tahun lalu.

Ibunya, Minnie yang berusia lapan tahun, tiba di zoo Singapura dari zoo Jepun pada 2016.

Meskipun kembar itu dilahirkan pada awal tahun, haiwan itu hanya kini menjadi tumpuan pengunjung berikutan zoo berkenaan ditutup berbulan-bulan lamanya berikutan perintah kawalan pergerakan disebabkan COVID-19.

Lemur berekor merah itu diklasifikasikan spesies benar-benar terancam oleh Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam berikutan pupus akibat kegiatan pembalakan dan aktiviti pemburuan.

Daripada 107 spesies lemur yang masih hidup di Madagascar, kira-kira sebanyak 103 direkodkan terancam, termasuk 33 yang begitu terancam dan yang terakhir sebelum 'pupus akibat kehidupan liar, kata kumpulan itu awal bulan ini. - AFP



Sumber : Lemur kembar spesis berekor merah dilahirkan di Zoo Singapura

Post a Comment

0 Comments