Umum sedia maklum bahawa orang ramai tidak dibenarkan untuk keluar beraya ekoran pelaksanaan PKP bagi mengekang penuIaran wa bak C0VID-19 yang masih berleluasa pada masa ini.
Baru-baru ini tuIar satu gambar menunjukkan satu keluarga anggota penguatkuasa bermaaf-maafan di sebuah sekatan jalan raya di daerah Putrajaya. Difahamkan si isteri membawa anak-anak mereka melawat suaminya yang bertugas pada pagi hari raya yang lalu.
Gambar tular keluarga anggota polis beraya di SJR, tiada pelanggaran SOP PKP – Polis Putrajayahttps://t.co/xAEw1aWAqP pic.twitter.com/BzFuZiVCrn
— BERNAMA (@bernamadotcom) May 15, 2021
Menurut Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Mohd Fadzil Ali berkata gambar tuIar itu disahkan berlaku pada 13 Mei, kira-kira 1 tengah hari di SJR Persiaran Selatan menghala keluar ke Dengkil, melibatkan anggota IPD Putrajaya yang bertugas dan tinggal di daerah Putrajaya bersama keluarga dan tiga orang anak berumur 11 tahun, 10 tahun dan 5 tahun.
“Kehadiran isteri dan anak anggota pada hari tersebut adalah bagi memberi sok0ngan moral kepada anggota berkenaan kerana bertugas di pagi raya di samping menyerahkan juadah hari raya.
“Selesai bersalaman, keluarga anggota tersebut telah beredar pulang ke rumah.
“Pemeriksaan mendapati tiada peIanggaran SOP PKP dilakukan oleh mana-mana pihak,” kata beliau dalam satu kenyataan pada Sabtu, lap0r Astr0 Awani.
"Kehadiran isteri dan anak anggota pada hari tersebut adalah bagi memberi sokongan moral kepada anggota berkenaan kerana bertugas di pagi raya di samping menyerahkan juadah hari raya."#AWANInews #AWANIpagi #HapusCOVID19https://t.co/sleCLoE549
— 🇲🇾Astro AWANI🇲🇾 (@501Awani) May 15, 2021
Ramai warganet mempertikaikan layanan ‘double standard’ ekoran penjelasan yang telah diberikan oleh Ketua Polis Daerah Putrajaya tersebut.
Menurut warganet perkara ini tidak sepatutnya berlaku lebih-lebih lagi dikalangan ahli keluarga penguatkuasa kerana semua rakyat Malaysia perlu mengikuti SOP PKP sempena hari raya yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan.
Rata-rata warganet menunjukkan kekecewaan tatkala orang ramai tidak boleh pulang beraya dengan ahli keluarga bagi mematuhi SOP yang telah dikuatkuasakan, terdapat ahli keluarga penguatkuasa pula ‘melangkaui’ SOP pada pagi hari raya lalu. – Sumber & foto dipetik dari The v0cket, Bernama, Awani, Twitter
Jangan lupa like, komen dan share ya. Terima Kasih!! Facebook @Mytv Viral
Sumber : TuIar Foto Keluarga Beraya Di SJR, Ini Penjelasan Polis Putrajaya
0 Comments