[VIDEO] Instafamous Didkwa Sanggup Aniaya Artis Dan Anak Yatim Demi ‘Marketing’ Produk?

Beberapa hari yang lalu, tuIar gambar di sebuah majlis berbuka puasa (yang berlangsung Khamis lalu) di mana majlis berkenaan turut dihadiri beberapa artis ternama antaranya Caprice, Ashraf Muslim, Heliza Helmi, Iman Troye, Mawar Rashid dan PU Hafiz.

Berdasarkan lap0ran portal Free Malaysia Today, polis telah membuka kertas siasatan dan memanggil beberapa artis yang menghadiri majlis berkenaan untuk mendapatkan keterangan.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Mohamad Zainal Abdullah berkata, tiga individu membabitkan penganjur dan seorang daripada pihak pengurusan hotel sudah dipanggil memberi keterangan. Penelitian ke atas gambar-gambar yang tuIar itu mendapati wujudnya peIanggaran SOP penganjuran majlis sosial PKPB, iaitu tiada penjarakan fizikal.

“Demi product and marketing, sanggup aniaya artis lain dan anak yatim? Please confess to the police that you came to @rinduraudahofficial private buka puasa, bawak cameraman you, dan pandai-pandai tarik artis dan anak yatim di LUAR event hall untuk bergambar dengan your product. Pandai-pandai buat kerja, pandai-pandailah tanggung,” tulis Caprice.

Sejak tuIarnya gambar di majlis tersebut, Caprice berkata beliau menerima banyak panggilan telefon daripada wartawan untuk mendapatkan penjelasan beliau berkenaan majlis itu. Baginya ia tidak adil apabila orang lain yang ‘buat hal’, beliau pula yang kena menjawab pada pihak polis dan wartawan.

Bagaimanapun, Instafamous yang dimaksudkan, Nurin Afiqah di Insta Story miliknya menulis “I’ll be back. There’s always two sides of the story.” Kita tunggu kenyataan rasmi daripada pihak Nurin pula. – Sumber & video dipetik dari The v0cket, Instagram@capriceofficial

Jangan lupa like, komen dan share ya. Terima Kasih!! Facebook @Mytv Viral



Sumber : [VIDEO] Instafamous Didkwa Sanggup Aniaya Artis Dan Anak Yatim Demi ‘Marketing’ Produk?

Post a Comment

0 Comments