[VIDEO] Suami ‘Pergi’ Depan Mata, Isteri Sayu Lihat Kereta Terjunam Dalam Sungai

Seorang lelaki dikenali sebagai Othman Long, 59, men!nggaI dunia akibat terprngkap di dalam kenderaan pacuan empat roda Ford selepas tenggelam di Sungai Golok, berdekatan Pangkalan Haram Kak Mah, di Rantau Panjang, semalam.

“Baru beberapa minit suami menghantar saya dan anak ke rumah saudara sebelum saya terdengar bunyi yang kuat dan melihat kereta (milik suami) terjunam ke sungai,” luah Natrah Mohamad, 52, isteri kepada Othman Long, lap0r Harian Metr0.

Menurut Natrah, sebaik melihat kereta suami yang hampir tenggelam dia dan lima anak hanya mampu menjerit meminta tol0ng sebelum beberapa penduduk kampung berdekatan cuba terjun meme cahkan cermin untuk menyelamatkan suaminya, tetapi tidak berjaya.

“Selama hampir dua jam saya setia menunggu anggota keselamatan dan penduduk kampung lain menyelamatkan suami dan berharap agar dia masih hidup.

“Kami sekeluarga hanya mampu menangis dan berdoa agar berlaku keajaiban walaupun tahu harapan agak tipis.

“Saya tidak sangka kegembiraan datang ke rumah saudara ini bertukar kepada tragdi ini,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di pangkalan haram Kak Mah, di sini, hari ini.

Natrah berkata, pada mula dia percaya Othman boleh menyelamatkan diri kerana suaminya itu mahir berenang, namun mungkin sukar kerana terprngkap di dalam kenderaan yang tertutup.

“Memang dia datang untuk hantar sahaja saya dan anak ke rumah saudara, manakala dia meminta izin untuk pulang. Tidak sangka ‘perginya’ tidak kembali,” katanya.

Selain itu, penduduk yang mahu dikenali sebagai Man, 57, berkata, dia baru sahaja berborak dengan mngsa yang ada memberitahu kenderaan miliknya itu mengalami ker0sakan pada bahagian pintu dan brek.

Katanya, dia tidak menyangka hanya beberapa seketika selepas berborak dia dikhabarkan tentang kejadian yang menimpa sahabatnya itu.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba Rantau Panjang, Imran Ismail, mengesahkan menerima lap0ran pada 3.15 petang dan terus bergegas ke lokasi kejadian dengan kekuatan seramai 14 anggota termasuk Pasukan Penyelamatan di Air (PPDA).

“Kami turut dibantu penduduk kampung berjaya mengesan kedudukan kenderaan berkenaan dan mengikat untuk dibawa ke darat.

“Bagaimana pun, kenderaan dinaikkan di sebelah Thailand susulan tanah yang lebih landai dan dibantu sebuah jentolak untuk memudahkan proses menarik.

“Kenderaan berjaya dinaikkan ke tebing sungai sekitar 5.40 petang dan mngsa ditemukan men!nggaI dunia di bahagian tempat duduk pemandu,” katanya.

Sumber & video dipetik dari Yoy Network, Metr0 TV

 

Jangan lupa like, komen dan share ya. Terima Kasih!! Facebook @Mytv Viral



Sumber : [VIDEO] Suami ‘Pergi’ Depan Mata, Isteri Sayu Lihat Kereta Terjunam Dalam Sungai

Post a Comment

0 Comments