Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Medac), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar memaklumkan, lebih 90 peratus usahawan mikro, kecil, sederhana dan informal berisik0 menutup perniagaan sekiranya pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan secara berterusan.
Keadaan itu sekaligus berpotensi menyebabkan lebih tiga juta rakyat Malaysia hilang pekerjaan.
“Mereka kini hanya dapat bertahan untuk tempoh tiga hingga enam bulan kerana kekurangan sumber kewangan untuk menampung gaji pekerja dan komitmen bayaran lain.
“Penemuan kaji selidik ini begitu membimbangkan kerana ia juga boleh menyebabkan lebih ramai akan kehilangan pekerjaan,” katanya dalam sidang media di Medac, hari ini.
Bagaimanapun, sebanyak 1.83 peratus usahawan dengan majoritinya adalah usahawan mikro sudah pun ‘gulung tikar’.
“kerajaan terpaksa mengambil langkah drastik dengan menguatkuasakan PKP yang lebih ketat berikutan peningkatan mendadak kes C0VID-19.
“Pada masa sama, kerajaan tetap komited dalam menumpukan usaha bagi menyeimbangkan di antara kesihatan dan kelangsungan hidup rakyat,” katanya.
Justeru itu, beliau berharap agar inisiatif PEMERKASA+ yang diumumkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini mampu menyok0ng daya tahan golongan ini sepanjang tempoh sekatan pergerakan penuh dilaksanakan. – Sumber dipetik dari Xtra, BH
Jangan lupa like, komen dan share ya. Terima Kasih!! Facebook@Mytv Viral
Sumber : 90 Peratus Peniaga Kecil Dijangka ‘Gulung Tikar’ Jika PKP Berterusan
0 Comments