Dr Amalina Tampil Bidas Kenyataan Prof Muhaya Dengan Statement Padu

Nampaknya ramai pihak kurang berpuas hati dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Pakar Mata yang cukup dikenali ramai iaitu Datuk Profesor Dr Muhaya Mohamad, wanita tidak seharusnya menyaingi kaum lelaki menerusi videonya yang bertajuk ‘Kenapa Wanita Lambat Dapat Jodoh’.

Video berdurasi 56 saat yang dik0ngsikan oleh Prof Muhaya itu menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan warganet yang menyifatkan ianya sebagai ‘menjat0hkan’ standard golongan wanita yang bekerja keras tidak kiralah dari segi pendidikan atau kerjaya.

“I’m sorry but my mum didn’t raise me to be ‘bod*h-bod*h sikit’… You are sending the wrong message…”

Membidas kenyataan terbabit, Dr Amalina Che Bakri tampil memberikan pendapat beliau berkenaan isu ini menerusi hantaran di laman Twitter miliknya.

Menurut pakar bedah itu, wanita tidak perlu untuk menurunkan tahap intelektual mereka semata-mata mahu menarik perhatian lelaki.

Dan berpendapat agar Prof Muhaya tidak member ulasan yang salah kepada wanita-wanita yang sedang berusaha untuk mencari jodoh.

Bukan itu sahaja, rata-rata warganet bersetuju dengan pendapat Dr Amalina berkenaan isu wanita tidak perlu jadi ‘bod*h’ semata-mata mahu mendapatkan jodoh.

Bagaimanapun, terdapat segelintir yang ‘faham’ dengan apa yang cuba disampaikan oleh Prof Muhaya menerusi ceramah beliau itu namun tidak menyangka isu ‘bod*h sikit’ yang disebut dalam ceramah tersebut mengundang perbaIahan. – Sumber dipetik dari Xtra, Twitter

 

Jangan lupa like, komen dan share ya. Terima Kasih!! Facebook@Mytv Viral



Sumber : Dr Amalina Tampil Bidas Kenyataan Prof Muhaya Dengan Statement Padu

Post a Comment

0 Comments