Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menjelaskan mengenai hantarannya dalam Facebook, semalam, berkaitan ‘pintu’ yang menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan warganet.
Menurutnya, beliau menutup pintu tersebut kerana sudah habis kerja dan mahu pulang. Demikian penjelasan ringkas Ismail Sabri berkenaan isu ‘panas’ yang tuIar semalam ketika sidang media secara maya sempena Pelancaran Pembinaan Hospital Modular C0VID-19 Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, hari ini.
“Saya nak pulang (sudah habis kerja), sebab itu tutup pintu.”
Hantaran yang dimuat naik melalui Facebook itu, menunjukkan beliau sedang menutup pintu pejabatnya di Kementerian Pertahanan. Disertakan kapsyen ‘Saya dah tutup pintu depan tapi…..’ itu menimbulkan pelbagai persoalan, terutama ketika negara sedang menjalani Sekatan Pergerakan Penuh bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.
Setakat ini, hantaran terbabit mendapat lebih 78,000 tanda suka dan lebih 13,000 perk0ngsian di Facebook. Manakala, menerusi instagram, sebanyak 33,584 tanda suka diterima sejak ianya dimuat naik semalam. – Sumber dipetik dari Xtra, Instagram Ismail Sabri
Jangan lupa like, komen dan share ya. Terima Kasih!! Facebook@Mytv Viral
Sumber : “Saya Dah Tutup Pintu Depan Tapi…”- Ismail Sabri Perjelas Isu Kontr0versi ‘Tutup Pintu’
0 Comments